Sebahagian penyokong Lazio ketika perlawanan Liga Europa. FOTO EPA
Sebahagian penyokong Lazio ketika perlawanan Liga Europa. FOTO EPA
Reuters

LAZIO diarahkan menutup empat bahagian stadium mereka pada perlawanan Liga Europa di tempat sendiri disebabkan unsur perkauman dipamer kelab Itali itu ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Stade Rennais, awal bulan ini.

Badan pentadbir bola sepak Eropah UEFA menerusi kenyataan mereka mengarahkan Lazio mempamerkan sepanduk membawa perkataan “#EqualGame” bersama logo UEFA untuk perlawanan menentang Celtic pada 7 November depan.

Kelab itu juga didenda 20,000 euro (RM93,000) dan diberi hukuman penggantungan perlu bermain satu perlawanan tanpa penonton serta tempoh percubaan untuk memastikan insiden perkauman tidak lagi berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Oktober 2019 @ 4:22 PM