CACERES memiliki 75 cap antarabangsa Uruguay.
CACERES memiliki 75 cap antarabangsa Uruguay.
AFP

ROME: Lazio mengumumkan menandatangani pertahanan, Martin Caceres dari Hellas Verona dengan kontrak setahun dengan pilihan lanjutan, awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Uruguay yang memiliki 75 kap itu menyertai Verona pada Ogos lalu selepas hanya setengah musim bersama kelab Inggeris, Southampton.

Pemain berusia 30 tahun itu beraksi bersama Juventus selama empat tahun dan pernah bermain untuk Villareal, Barcelona dan Sevilla.

Lazio kini menduduki tangga keempat dalam Serie A dengan 40 mata, dua mata di belakang Inter Milan dan 11 mata di belakang pendahulu Napoli. Lazio akan menentang Chievo Verona 21 Januari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 11:57 AM