Pelumba pasukan Israel Start-Up Nation dari Britain, Chris Froome. FOTO Agensi
Pelumba pasukan Israel Start-Up Nation dari Britain, Chris Froome. FOTO Agensi
AFP

Roche-la-Molière, Perancis: Dua tahun selepas mengalami kecederaan yang hampir meragut nyawanya di Criterium du Dauphine, juara empat kali Tour de France, Chris Froome mengakui masih bergelut untuk kembali pada prestasi sebenar.

Pada perlumbaan ujian masa musim ini dekat Dauphine, peringkat yang dia mungkin hampir menang pada kemuncak perlumbaan, pelumba berusia 36 tahun itu hanya ketinggalan dua minit pada laluan 16km.

Sejak kemalangan ngeri menimpanya dia sering berdepan masalah pernafasan ketika kelajuan tinggi, Froome berhasrat untuk kembali pada tahap kecergasan sebelum ini dan memenangi jelajah kelima atau sekurang-kurangnya kembali berlumba.

Dia mengalami kecederaan patah kaki, rusuk, siku dan tulang belakang selepas terbabit kemalangan yang menyebabkan dia bertembung dengan dinding sehingga terpaksa menghabiskan masa lebih dari sebulan dalam rawatan intensif.

"Saya akan kembali dari kosong," kata Froome selepas kemalangan itu.

"Saya tidak mahu tinggal begitu sahaja," tambahnya.

Dia kini bersama pasukan ke Israel Start-Up Nation yang dilaporkan menerima gaji tahunan lima juta Euro (RM25.15 juta).

"Saya mengatasi banyak perkara, tiada yang dapat menghalang saya sebelum ini. Saya mahu mengabdikan sukan yang saya sayang," kata Froome kepada Velo Mag baru-baru ini sebagai jawapan kepada pihak yang merasakan dia sepatutnya bersara dari sukan itu.

"Jika dari sudut luar, saya dapat membayangkan akan ada yang mengetepikan saya, tetapi tidak mengapa. Saya tahu saya berasal dari mana," kata Froome.

"Saya terpaksa mengajar diri sendiri bagaimana untuk berjalan kembali dan saya hanya perlu lebih berusaha - sejauh masa peningkatan yang tunjukkan sepanjang tahun."

Froome menang jelajah empat kali dalam lima tahun sejak 2013 dan pernah meraih gelaran di Giro d'Italia sekali dan Vuelta a Espana sebanyak dua kali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Jun 2021 @ 1:20 PM