CHRIS Froome lega dapat beraksi di Tour de France. Foto EPA-EFE
CHRIS Froome lega dapat beraksi di Tour de France. Foto EPA-EFE
AFP

CHRIS Froome lega untuk memulakan Tour de France yang ditunggu-tunggu namun barisan pengkritik, pesaing dan laluan tidak digemarinya bakal menjadi musuh yang tidak akan membenarkannya dengan mudah memperoleh rekod dengan gelaran kelima berturut-turut.

Penganjur membenarkan Froome menyertai perlumbaan pada Isnin lalu selepas namanya dibersihkan oleh badan basikal dunia kerana disyaki doping berkaitan penggunaan ubat asma.

Froome mengakui dia lega kerana dapat kembali untuk mencipta rekod dengan kejayaan kelima namun penganjur berasa perlunya amaran terhadap keganasan sepanjang tiga minggu perlumbaan dan memohon agar penonton menghormati Froome dan Sky Team, yang kekal tidak popular di Perancis.

Froome diherdik pada pertemuan pertama dengan orang awam ketika Sky berada di pentas untuk sesi pengenalan pasukan secara rasmi selain jelajah sejauh 1 kilometer di bandar kecil sekitar La Roche-sur-Yon.

Sejumlah 30,000 ejen ditugaskan untuk menangani masalah keselamatan dan risiko keganasan bagi melindungi pelumba.

“Saya lega kerana dapat berlumba dan ingin melakar kejayaan,” kata Froome yang berkata bosnya, Dave Brailsford memaklumkan Sky kerap dilabel negatif di Perancis selepas menjalani ujian air kencing.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 8:57 AM