N'Golo Kante belum cergas. FOTO AFP
N'Golo Kante belum cergas. FOTO AFP
AFP

PENGURUS Chelsea Frank Lampard berharap tempoh rehat tugasan antarabangsa akan datang memberi pemain tengah N’Golo Kante masa yang cukup untuk pulih daripada kecederaan buku lali.

Didier Deschamps memilih untuk mengetepikan Kante daripada skuad Perancis apabila juara dunia berdepan saingan kelayakan Euro 2020 menentang Albania dan Andorra bulan depan, dan Chelsea juga terpaksa meneruskan aksi tanpa pemain berusia 28 tahun apabila melayan kunjungan Sheffield United di Stamford Bridge, malam esok.

Terlepas sebahagian daripada aksi pra musim The Blues dengan kecederaan sama, Lampard percaya dia dapat cergas untuk beraksi menentang Wolverhampton Wanderers pada 14 September, tiga hari sebelum barisan pasukan itu memulakan kempen Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri berdepan Valencia.

Penyerang Chelsea, Tammy Abraham (kanan) berlari meraikan jaringan di depan Lampard. FOTO AFP
Penyerang Chelsea, Tammy Abraham (kanan) berlari meraikan jaringan di depan Lampard. FOTO AFP

“N'Golo Kante tidak cergas berikutan masalah buku lali yang berterusan dan dia juga tidak akan pergi bersama skuad Perancis,” kata Lampard.

“Saya sudah berbincang dengan Didier Deschamps dan kami berdua bersetuju adalah lebih baik buatnya. Mari cuba dan memastikan dia cergas ketika tempoh rehat itu.

“Tumpuan saya adalah memastikan dia OK. Dia mempunyai empat tahun sebagai pemain bola sepak dalam keadaan tenaga yang tinggi dan kemampuan luar biasa.

“Kami harus melakukannya dengan betul. Ia adalah perkara yang betul untuk melakukannya, kami mempunyai pasukan yang kuat dan prestasi minggu lalu sangat bagus.

Tammy Abraham menjaringkan dua gol ketika Chelsea mencatat kemenangan pertama di bawah kendalian Lampard dalam aksi 3-2 yang mendebarkan di Norwich minggu lalu, dalam perlawanan itu Mason Mount berjaya menarik perhatian bos England, Gareth Southgate.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 11:27 PM