Tammy Abraham meraikan jaringan bersama rakan sepasukan Chelsea. FOTO Reuters
Tammy Abraham meraikan jaringan bersama rakan sepasukan Chelsea. FOTO Reuters
Agensi

PENYERANG Chelsea, Tammy Abraham berkata dia belum mengambil keputusan mengenai masa depan antarabangsanya selepas menjaringkan gol ketika membantu kelabnya mencatat kemenangan ke atas Lille pada aksi Liga Juara-Juara, pagi ini.

Pemain berusia 22 tahun itu belum lagi beraksi di perlawanan kompetitif buat England tetapi tampil dalam perlawanan persahabatan ketika seri menentang Jerman dan Brazil pada 2017.

Dia layak beraksi buat Nigeria walaupun tampil dalam tiga aksi bersama skuad remaja England.

“Saya belum membuat keputusan lagi. Saya memberi tumpuan kepada kelab,” kata Abraham.

“Ia pastinya satu kelebihan untuk dikehendaki oleh kedua-dua negara,” katanya kepada BBC Radio 5 Live. “Saya sayangkan kedua-dua negara dan pada saya jelas melakukan perkara yang betul buat Chelsea. Masa saya akan tiba.”

Abraham antara sebahagian pemain bawah 21 tahun England pada Kejohanan Eropah pada musim panas ini.

Pengurus England, Gareth Southgate akan mengumumkan senarai pemain skuad senior pada Khamis sebagai persiapan kelayakan Kejohanan Eropah berdepan Republik Czech dan Bulgaria.

Abraham sudah menjaringkan lapan gol dalam 10 perlawanan dalam semua kejohanan buat Chelsea setakat ini pada musim ini, menyertai kedudukan kedua dalam carta penjaring terbanyak Liga Perdana.

“Saya dari kawasan di mana saya membesar dalam latar belakang budaya yang berbeza. Saya sedar Nigeria adalah sebuah negara yang besar.” tambah Abraham.

Abraham (kiri) bersalam dengan Lampard selepas perlawanan. FOTO Reuters
Abraham (kiri) bersalam dengan Lampard selepas perlawanan. FOTO Reuters

Bos Chelsea, Frank Lampard, juga bercakap kepada 5 Live, dengan menambah : "Tammy menangani situasi seperti dilakukan kepada semua perkara dalam kehidupannya. Dia melakukannya dengan penuh minat, gembira, keinginan tinggi untuk berkerja.

“Dia mahu menjadi yang terbaik dan apa yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Saya memberitahu setiap hari, ia terpulang kepada keputusannya dan keputusan seterusnya bagi barisan serangan terletak kepada Gareth. Saya tidak pernah memberitahunya apa yang harus dilakukan.”

Abraham menghabiskan musim 2018-19 dengan dipinjamkan ke Aston Villa dalam Liga Kejuaraan dan menjaringkan gol pertama dalam saingan Liga Juara-Juara buat Chelsea pagi ini.

Lampard berkata dia berharap untuk melihat lebih banyak gol daripada Abraham, yang bergandingan dengan rakan senegara Fikayo Tomori untuk menjaringkan gol berdepan Lille - sejak pertama kali sejak Mac 2012 dua pemain Inggeris itu terbabit dalam gol yang sama dalam Liga Juara-Juara buat Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 6:21 PM