PASANGAN beregu campuran negara Goh Liu Ying (kanan) dan Chan Peng Soon di Majlis Memperkenalkan Duta Terbaru Yobick. FOTO Bernama
PASANGAN beregu campuran negara Goh Liu Ying (kanan) dan Chan Peng Soon di Majlis Memperkenalkan Duta Terbaru Yobick. FOTO Bernama
Ferzalfie Fauzi


BEREGU campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meletakkan sasaran awal untuk meraih pingat di Kejohanan Dunia yang berlangsung di Basel pada 19 hingga 25 Ogos depan.

Menurut Peng Soon, walaupun meletak sasaran meraih pingat namun mereka harus memberikan aksi terbaik di kejohanan berkenaan yang setaraf Sukan Olimpik.

“Itu sasaran pertama kami (meraih pingat) namun tahap kejohanan dunia lebih kurang sama seperti Olimpik,” katanya di Majlis Memperkenalkan Duta Terbaru Yobick malam ini.

Peng Soon-Liu Ying baru-baru ini berjaya meraih gelaran kedua apabila muncul juara di Terbuka New Zealand bulan lalu.

Mereka juga berasa lega kerana bukan saja dilantik sebagai duta minuman yogurt itu tapi turut menerima penajaan ratusan ringgit.

Sementara itu, Liu Ying mengakui tajaan yang diterima itu membolehkan mereka menggunakannya untuk perbelanjaan menyertai kejohanan di luar negara.

Peng Soon-Liu Ying yang meraih kejuaraan Masters Thailand Januari lalu sekarang ini berada di ranking kelima dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 11:40 PM