NORZA (tiga kiri) melayan tetamu pada majlis berbuka puasa Majlis Olimpik Malaysia bersama media di Kuala Lumpur, semalam. — FOTO Owee Ah Chun
NORZA (tiga kiri) melayan tetamu pada majlis berbuka puasa Majlis Olimpik Malaysia bersama media di Kuala Lumpur, semalam. — FOTO Owee Ah Chun
Azlan Muhammad Zain


SIAPA yang mampu mengisi kekosongan di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Datuk Seri Norza Zakaria mengesahkan untuk meninggalkan kerusi presiden selepas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Saya memang merancang untuk meninggalkan BAM kerana sudah menjadi Presiden MOM, mungkin dalam tempoh satu atau dua tahun dengan pucuk pimpinan boleh diberikan kepada orang lain,” katanya.

Menurut Norza, Malaysia kini sudah mempunyai sejumlah pemain muda dengan Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara siap sepenuhnya.

Beliau tanpa dicabar dilantik mengetuai BAM pada mesyuarat agung tahunan ke-72 bagi penggal 2017-2021 menggantikan Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

NORZA melayan soalan wartawan sempena majlis berbuka puasa. — FOTO Owee Ah Chun
NORZA melayan soalan wartawan sempena majlis berbuka puasa. — FOTO Owee Ah Chun

Pada masa sama, beliau kini mengintai peluang merebut jawatan Presiden Konfederasi Badminton Asia (BAC) bagi penggal 2019-2023 pada pemilihan di Nanning, China Sabtu depan.

“Ia bukan mudah namun beberapa kuasa besar meminta saya bertanding kerana ibu pejabatnya di sini.

“Malah saya berasakan kami boleh menawarkan kemudahan di ABM kepada negara kecil dalam badminton bagi membantu meningkatkan tahap mereka. Kemudahan ABM adalah antara yang terbaik di dunia,” jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 12:26 PM