EMAN (enam dari kanan) bersama pemain Pasukan Bintang Jr NBA Malaysia. — FOTO nba.com
EMAN (enam dari kanan) bersama pemain Pasukan Bintang Jr NBA Malaysia. — FOTO nba.com
Arena Metro

PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning, Eman Ajmal Jamil berjaya mencuri tumpuan apabila muncul pemain Melayu tunggal dipilih dalam Pasukan Bintang Jr NBA Malaysia 2019.

Dia bersama empat lagi pemain, Kong Yang Ee (Pay Fong High School), Lee Yong Ding (SMK Seri Mutiara), Siw Jin Huang (SMJK Kwang Hua) dan Phan Ji Xin (SM Tsu Jin) berjaya mengetepikan lebih 1,000 peserta.

Jr NBA adalah program pembangunan remaja yang mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif serta kali keenam berturut-turut diadakan di Malaysia.

Program yang diadakan di Stadium MABA hujung minggu lalu membabitkan bekas pemain NBA, Bosthan Nachbar.

Selain melatih dan mengesan bakat lima pemain lelaki dan wanita, Jr NBA juga mengenal pasti lebih 2,000 guru dari 1,600 sekolah di 14 bandar seluruh Malaysia untuk dijadikan sebagai jurulatih.

Program itu mendapat sokongan Kementerian Pendidikan, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dan Westports Dragons.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 8:31 PM