Aksi bakat muda yang menyertai kem Jr NBA. Foto Ihsan NBA.
Aksi bakat muda yang menyertai kem Jr NBA. Foto Ihsan NBA.
Aida Adilah Mat


PERSATUAN Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) anjurkan program pembangunan remaja secara global dikenali Jr NBA buat kali keenam.

Program bertujuan mempromosikan budaya hidup sihat dan aktif itu dilancarkan pada 2014 disertai lebih dari 770,000 pemain dan jurulatih dari seluruh negara.

Program yang berlangsung bersama kem Jr NBA Malaysia di Stadium MABA hari ini turut disertai bekas pemain NBA, Bostjan Nachbar yang berkongsi ilmu di dalam gelanggang.

“Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada program Jr NBA Malaysia dan teruja untuk merasai sendiri bagaimana sukan ini dijalankan oleh remaja di Malaysia.

Bostjan Nachbar kongsi pengalaman.
Bostjan Nachbar kongsi pengalaman.

“Ini adalah peluang terbaik untuk membantu mereka mengenali perkara asas dan memberi impak positif dalam pembangunan sebagai atlet dan pemimpin masa depan,” kata Nachbar.

Pada program berkenaan juga Nachbar turut memilih lima pemain lelaki dan perempuan untuk diserapkan ke dalam Jr NBA Malaysia All-Star 2019.

Peserta yang terpilih akan merasai pengalaman latihan bertaraf dunia dan mengenali lima elemen utama, semangat kesukanan, kerjasama, sikap positif dan hormat atau singkatannya (S.T.A.R).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 7:26 PM