RONALDO (kanan) bergurau bersama Mandzukic selepas latihan. FOTO/REUTERS
RONALDO (kanan) bergurau bersama Mandzukic selepas latihan. FOTO/REUTERS
AFP

JUVENTUS kini boleh bergantung harap kepada bintang handalan Cristiano Ronaldo yang kembali cergas namun kapten Giorgio Chiellini dan penyerang Mario Mandzukic akan terlepas aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Ajax di Turin, kata jurulatih Massimiliano Allegri awal pagi tadi.

Ronaldo, 34, yang mengetuai jentera serangan jagoan Itali ketika menentang kelab yang dibarisi pemain muda Belanda bersama-sama Federico Bernardeschi awal pagi esok dengan Allegri masih belum memutuskan penyerang ketiga untuk menggantikan bintang Croatia, Mandzukic.

Bintang Portugal Ronaldo kembali daripada kecederaan untuk menjaringkan gol di tempat lawan apabila seri 1-1 di Amsterdam minggu lalu, selepas meledak hatrik yang membantu kempen mereka dalam pusingan 16 terakhir menentang Atletico Madrid.

“Syukurlah, dia bermain dengan kami dan bukannya pasukan lawan,” kata Allegri ketika sidang media di Turin malah mengakui berdepan kesukaran memilih pemain menjelang perlawanan itu.

“Cristiano mempunyai kualiti yang luar biasa. Pada detik tertentu dia menjadi pemain yang sukar dihalang dan anda boleh melihatnya menerusi wajahnya,” kata Allegri.

“Pada aspek fizikal dia lebih baik, dua mempunyai skil yang hebat dan kualiti, malah dalam perlawanan dia menjadi pemain yang berbeza.”

Namun jurulatih Juventus itu menolak kemungkinan pemenang Ballon d’Or lima kali itu akan menjadi kapten pasukan dengan ketiadaan pertahanan Chiellini.

“Ronaldo kapten? Jika Paolo Dybala bermain, ia akan menjadi miliki Dybala atau tidak, Leonardo Bonucci,” kata Allegri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 1:03 PM