Gareth Southgate dianugerahkan ‘Order of the British Empire’ (OBE). FOTO Reuters.
Gareth Southgate dianugerahkan ‘Order of the British Empire’ (OBE). FOTO Reuters.
Reuters

PENGURUS bola sepak kebangsaan England, Gareth Southgate dianugerahkan ‘Order of the British Empire’ (OBE) di Istana Buckingham, hari ini susulan kecemerlangannya membimbing skuad Three Lions ke separuh akhir Piala Dunia 2018.

Southgate, 48, mengenakan baju kegemarannya weskot pada upacara berkenaan dengan anugerah yang diperoleh hasil usahanya terhadap bola sepak England disampaikan oleh Putera Charles.

“Ia sangat istimewa,” katanya kepada Sky Sports TV selepas upacara itu. “Suatu kebanggaan untuk menjadi pengurus bola sepak Inggeris dan menerima anugerah ini daripada keluarga diraja, sebagai peminat keluarga diraja, ia amat istimewa.

“Ia detik yang akan saya akan ingat selama-lamanya.”

Bulan lalu, kapten England Harry Kane menerima anugerah MBE (Most Excellent Order of the British Empire). Dia muncul penjaring gol terbanyak dengan enam gol di Russia tetapi pasukannya tersingkir di separuh akhir selepas tewas kepada Croatia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2019 @ 1:46 AM