RASHFORD menerima penghargaan ‘Member of the Order of the British Empire (MBE). FOTO AFP
RASHFORD menerima penghargaan ‘Member of the Order of the British Empire (MBE). FOTO AFP
AFP

London: Bintang Manchester United, Marcus Rashford menerima penghormatan daripada Ratu Elizabeth II sebagai penghargaan atas kempennya memberikan makanan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, bersama-sama ratusan pekerja yang membantu menangani pandemik Covid-19.

Pemain antarabangsa England itu adalah salah seorang tokoh berprofil tinggi berada dalam senarai menerima penghormatan sempena ulang tahun kelahiran raja itu yang ditangguhkan sejak Jun dalam usaha menyenaraikan pekerja barisan hadapan serta yang lain.

Bintang berusia 22 tahun itu memaksa kerajaan melakukan pusingan U berhubung polisi pemberian makanan percuma kepada sekolah bagi memastikan kanak-kanak yang memerlukan terus menerima baucar makanan selain membentuk pasukan petugas bantuan makanan untuk kanak-kanak miskin.

Rashford yang menerima anugerah 'Member of the Order of the British Empire (MBE)' berkata, dia sangat menghargai dan amat berasa rendah hati menerima anugerah itu.

"Marilah bersama-sama menyatakan tiada kanak-kanak di UK tidur dengan kelaparan.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, tidak kira apa perasaan atau pandangan anda, gagal memperoleh makanan bukanlah salah kanak-kanak," katanya.

Pakar kecergasan, Joe Wicks yang menyaksikan sesi latihannya di dalam talian setiap hari menarik berjuta-juta penonton di seluruh dunia, turut menerima anugerah MBE.

Hampir kebanyakan anugerah pada tahun ini diberikan kepada mereka yang bersama-sama berusaha menangani pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 10:40 AM