EMMA Raducanu. FOTO AFP
EMMA Raducanu. FOTO AFP
AFP

London: Emma Raducanu berada dalam senarai penerima anugerah tahun baharu Britain, pengiktirafan yang diberikan di atas kejayaannya memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS), bersama-sama barisan bintang Olimpik yang lain.

Pasangan jaguh berbasikal, Jason dan Laura Kenny yang sudah memenangi 12 pingat emas antara mereka, turut menerima gelaran kesatria bersama-sama pemenang pingat emas Olimpik lain iaitu Tom Daley, Adam Peaty dan Max Whitlock.

Pengiktirafan itu diberikan kepada mereka yang meraih pencapaian luar biasa dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, sukan dan politik serta sumbangan kepada masyarakat.

Beberapa pakar perubatan yang mengetuai Britain menangani pandemik Covid-19 turut berada dalam senarai penerima anugerah.

Raducanu yang muncul pemain tenis wanita pertama British memenangi Grand Slam sejak Virginia Wade pada 1977, menerima anugerah Member of the Order of the British Empire (MBE).

"Saya amat berbangga dan bersyukur kerana tersenarai menerima anugerah MBE daripada Seri Paduka Baginda Permaisuri.

"Tahun 2021 sangat menakjubkan untuk saya, jadi menamatkannya dengan menerima anugerah ini cukup istimewa," kata bintang berusia 19 tahun itu yang tidak tewas walau satu set dalam laluannya untuk memenangi gelaran di Flushing Meadows.

Jason Kenny menerima gelaran kesatria selepas muncul atlet Olimpik paling terkenal sepanjang zaman Britain di Sukan Olimpik Tokyo apabila memenangi pingat kesembilan dan emas yang ketujuh sepanjang kariernya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 11:19 AM