Serge Gnabry (dua dari kanan) pada aksi kelayakan Euro 2020. FOTO AFP.
Serge Gnabry (dua dari kanan) pada aksi kelayakan Euro 2020. FOTO AFP.
AFP

JARINGAN Nico Schulz pada minit ke-90 memastikan kemenangan dramatik Jerman, 3-2 ke atas Belanda dalam perlawanan pembukaan pasukan itu pada aksi kelayakan Euro 2020 sekali gus mengurangkan sedikit tekanan kepada jurulatihnya Joachim Loew.

Ia adalah kemenangan pertama Jerman dalam kejohanan selepas Piala Dunia tahun lalu, dan kemenangan itu hadir selepas pasukan kendalian Loew menunjukkan kekuatan dan kegigihan dari semua sudut.

Skuad Jerman mempamerkan aksi memukau pada 45 minit pertama di Amsterdam, tetapi goyah pada separuh masa kedua selepas lawan Belanda bangkit merapatkan kedudukan daripada ketinggalan 2-0.

Begitupun, Schulz memastikan kemenangan buat Jerman menerusi gol di penghujung permainan.

“Kemenangan itu memberikan kami banyak kelebihan, ia sangat baik kepada sebagai satu pasukan,” kata Schulz.

Aksi jurulatih Jerman, Joachim Loew (kiri) ketika perlawanan Jerman menentang Belanda. FOTO AFP
Aksi jurulatih Jerman, Joachim Loew (kiri) ketika perlawanan Jerman menentang Belanda. FOTO AFP

Loew memuji semangat melawan pemainnya selepas aksi yang cukup mendebarkan itu.

“Kami bermain sangat baik pada separuh masa pertama, tetapi pada separuh masa kedua kami tidak beraksi pada tahap yang sama,” kata jurulatih Jerman itu.

“Saya kagum dengan bagaimana mereka dapat menahan asakan lawan dan bagaimana mereka begitu yakin sehingga tamat perlawanan. Syabas kepada pemain.”

“Jangan lupa kami berdepan pasukan Jerman,” kata jurulatih Belanda, Ronald Koeman yang mengingatkan kepada mereka yang tidak menyedarinya.

“Kami tahun pasukan Jerman akan memberi tekanan kepada kami, dan kami juga memulakan permainan agak teruk,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 11:25 AM