Pemain Jerman dari kiri Jerome Boateng, Mats Hummels dan penyerang Thomas Mueller. FOTO AFP.
Pemain Jerman dari kiri Jerome Boateng, Mats Hummels dan penyerang Thomas Mueller. FOTO AFP.
AFP

KETUA jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, tiga pemain yang membantu pasukannya muncul juara Piala Dunia 2014 iaitu Jerome Boateng, Mats Hummels dan Thomas Mueller tidak lagi berada dalam senarai perancangannya.

Loew memaklumkan mengenai nasib trio pemain Bayern Munich itu, sebelum dia menyenaraikan barisan pemainnya sebagai persiapan untuk perlawanan persahabatan menentang Serbia di Wolfsburg dua minggu lagi dan kelayakan Euro 2020 bertemu Belanda di Amsterdam pada 24 Mac ini.

“Saya sedih dengan berita ini, kerana adalah sesuatu yang hebat buat saya apabila terpilih mewakili negara,” menurut kenyataan Boateng yang dimuat naik menerusi Facebook.

“Saya hormat dan memahami keputusan itu. “Saya masih bertenaga dan saya sedar sebagai pemain senior saya harus memberi ruang kepada pemain lain untuk beraksi tetapi saya harapkan cara berbeza mengucapkan ‘selamat tinggal’.

Di antara mereka, Hummels, Boateng, kedua-duanya berusia 30 tahun, dan Mueller, masih berusia 29 tahun, beraksi 246 penampilan bersama pasukan kebangsaan Jerman dan tonggak utama pasukan juara Piala Dunia 2014 di Brazil.

Walau bagaimana, mereka gagal membantu pasukan itu dalam pusingan akhir Piala Dunia di Russia selepas terkandas di peringkat kumpulan berikutan aksi di luar keupayaan sebenar pemain bintang taruhan Loew.

“2019 adalah tahun untuk permulaan baru bagi pasukan bola sepak kebangsaan Jerman,” kata Loew.

 Ketua jurulatih Jerman Joachim Loew.
Ketua jurulatih Jerman Joachim Loew.

“Adalah sangat penting kepada saya untuk menerangkan pendekatan dan perancangan untuk pemain dan pengurus pasukan,” kata Loew yang sanggup terbang ke Munich untuk bertemu dengan trio itu.

Pengendali berusia 59 tahun itu, yang menjadi teraju utama kejayaan pasukan Jerman pada Piala Dunia 2014, mengucapkan terima kasih kepada “Mats, Jerome dan Thomas” untuk “kecemerlangan, luar biasa dan tahun unik bersama.”

Keputusan Loew bagaikan penghujung kepada kecemerlangan karier antarabangsa Mueller, yang tampil beraksi dalam Piala Dunia 2010 pada usia 20 tahun dan menjaringkan 38 gol dalam 100 penampilan.

Hummels dan Boateng, antara gandingan pertahanan terbaik Jerman sebelum kegagalan di Russia, mereka sudah beraksi dalam 70 dan 76 perlawanan antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 8:22 PM