SNODGRASS didakwa FA Inggeris. FOTO AFP
SNODGRASS didakwa FA Inggeris. FOTO AFP
AFP

PEMAIN tengah West Ham Robert Snodgrass didakwa Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) kerana dikatakan mengasari pegawai anti doping, kata badan induk bola sepak Inggeris itu hari ini.

Pendakwaan terhadap pemain tengah Scotland berusia 31 tahun itu timbul susulan lawatan pegawai Anti Doping UK (UKAD) ke pusat latihan West Ham bulan lalu.

“Robert Snodgrass didakwa kerana melanggar peraturan FA Rule E3(1),” kata FA dalam satu kenyataan di London.

“Pemain itu dikatakan menggunakan kata-kata kesat dan/atau memalukan ke atas pegawai Anti Doping UK yang mengunjungi pusat latihan West Ham United pada 6 Februari 2019 untuk menjalani ujian selepas perlawanan.

“Dia diberi tempoh sehingga 18 Mac untuk memberikan respon.”

Snodgrass yang dibawa masuk dari Hull dengan bayaran £10.2 juta (RM54.7 juta) pada Januari 2017, menjaringkan empat gol dalam 32 penampilan bersama Hammers sepanjang musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 9:26 AM