PEMAIN West Ham meraikan kemenangan 8-0 menewaskan Macclesfield Town pada aksi Piala Carabao. FOTO Reuters
PEMAIN West Ham meraikan kemenangan 8-0 menewaskan Macclesfield Town pada aksi Piala Carabao. FOTO Reuters
AFP

LONDON: Manuel Pellegrini kagum dengan sentuhan pemusnah West Ham apabila kelab Liga Perdana itu mencatat kemenangan terbesar mereka dalam masa 35 tahun selepas membelasah Macclesfield 8-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga, awal pagi tadi.

Pellegrini yang dua kali menjuarai Piala Liga bersama Manchester City menurunkan skuad kuat menentang pasukan bawahan Liga Bolasepak dan kesannya West Ham tiada tandingan di Stadium London.

Robert Snodgrass, Lucas Perez, Ryan Fredericks dan Grady Diangana menjaringkan gol pertama masing-masing musim ini sementara Michail Antonio dan Angelo Ogbonna turut membolosi gawang lawan.

Kejayaan West Ham itu adalah yang terbesar sejak menang 10-0 ke atas Bury dalam kejohanan sama pada 1983 yang juga rekod kelab.

"Tidak mudah mencari ruang apabila ada lapan atau sembilan pemain di hadapan tetapi kami sabar,” kata Pellegrini.

"Ini kemenangan yang sangat baik kerana kami perlu menunjukkan perbezaan di antara kelab dalam Liga Perdana dengan kelab Liga Dua tetapi tak selalu anda dapat melakukannya. Itu sebabnya saya gembira dengan pemain saya,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 September 2018 @ 7:30 PM