NWAKAEME (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Kuala Lumpur, malam tadi. - FOTO Asyraf Hamzah
NWAKAEME (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Kuala Lumpur, malam tadi. - FOTO Asyraf Hamzah
Firdaus Hashim


SETAHUN tidak beraksi bagaikan tidak memberi kesan terhadap penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme yang meledak dua gol ketika mengatasi Kuala Lumpur 3-1 pada aksi Liga Super, malam tadi.

“Saya amat gembira dapat kembali semula ke pangkuan pasukan Pahang. Paling penting kami meraih tiga mata dan ia bukan soal siapa yang menjaringkan gol, tapi lebih utama adalah kemenangan buat pasukan.

“Apa pun, ini (aksi) bukan yang terbaik daripada saya, yang terbaik akan hadir selepas ini,” katanya selepas Pahang bermaharajela di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Nwakaeme, yang diberi julukan ‘Orang Besi’ meninggalkan Pahang pada 2016 selepas dua musim yang penuh gemilang pada 2014 dan 2015 apabila dia menjaringkan 14 gol dalam 39 penampilan.

Tiga tahun lalu penyerang berasal dai Nigeria itu menguji nasib beraksi dengan kelab Ligue 1 Perancis, Angers SCO namun gagal bertindak baik malah diturunkan pangkat mewakili kelab kedua Angers SCO II.

Hampir sepanjang tahun lalu dia langsung tidak beraksi namun lega apabila dipanggil semula ke Kuantan.

“Saya tak tetap apa-apa sasaran peribadi sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan pasukan.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 6:10 PM