DE Bruyne cedera ligamen lutut kiri. FOTO/AGENSI
DE Bruyne cedera ligamen lutut kiri. FOTO/AGENSI
Agensi

MANCHESTER: Pemain tengah Manchester City Kevin de Bruyne terpaksa berehat dari lima ke enam minggu selepas ligamen lutut kirinya cedera ketika kemenangan 2-0 Piala Liga ke atas Fulham.

Pemain Belgium itu dikeluarkan tiga minit sebelum tamat permainan dan hasil imbasan mendapati pemain 27 tahun itu tidak perlu menjalani pembedahan.

De Bruyne yang baru tampil tiga kali untuk City musim ini pernah mengalami kecederaan sama di lutut kanan pada Ogos.

Perlawanan menentang Fulham adalah kali kedua De Bruyne mengisi kesebelasan utama musim ini berikutan kecederaan pertamanya itu.

“Kami simpati dengannya. Tidak ada sesiapa yang sukakan kecederaan,” kata pengendali City Pep Guardiola.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu akan melayan kunjungan Southampton untuk saingan liga esok.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 November 2018 @ 12:03 PM