IPOH 22 SEPTEMBER 2018. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah Atlet Lelaki Terbaik SUKMA Perak 2018 kepada Eugenius. FOTO/FAIL
IPOH 22 SEPTEMBER 2018. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah Atlet Lelaki Terbaik SUKMA Perak 2018 kepada Eugenius. FOTO/FAIL
Aida Adilah Mat dan Jumiati Rosly


EMPAT emas, dua perak, dua rekod temasya dan satu menyamai rekod kebangsaan membolehkan atlet memanah compound Sabah, Eugenius Lo dinobatkan Olahragawan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 di Perak. 

Kemampuan atlet pecut Terengganu, Azreen Nabila Alias dalam meraih tiga emas - 100 meter (m), 200m dan 4x100m dan satu rekod temasya dalam acara 100m bagi memadamkan rekod 10 tahun milik Siti Fatima Mohamad – membolehkannya diumumkan Olahragawati SUKMA.

Bagi Eugenius, dia langsung tidak menjangka akan terpilih dan kejayaan itu ditujukan kepada kepada semua yang memberikan sokongan terutama pasukan memanah Sabah, keluarga, rakan-rakan dan juga jurulatih yang sentiasa menjadi kekuatannya selama ini.

"Saya masih terkejut dengan anugerah ini. Saya sungguh tidak menyangka dipilih Olahragawan. 

"Persiapan saya selama setahun untuk menghadapi SUKMA ini ternyata berbaloi. Kejayaan saya raih hari ini memperbaiki pencapaian dua tahun lalu apabila sekadar memperoleh satu emas dalam acara berpasukan lelaki," katanya.

IPOH 22 SEPTEMBER 2018. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga kiri) menyampaikan anugerah Atlet Wanita Terbaik SUKMA Perak 2018 kepada Azreen.  FOTO/ABDULLAH YUSOF
IPOH 22 SEPTEMBER 2018. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga kiri) menyampaikan anugerah Atlet Wanita Terbaik SUKMA Perak 2018 kepada Azreen. FOTO/ABDULLAH YUSOF

Eugenius meraih emas acara 70m individu (rekod temasya), 50m individu (rekod temasya), 30m individu (menyamai rekod kebangsaan) dan perak berpasukan. 

Sementara itu, Azreen mendedikasikan anugerah diraihnya itu kepada arwah bapanya, Alias Che Ngah yang meninggal dunia pada 2014. 

"Andai ayah masih bersama, pasti beliau gembira dengan kejayaan saya ini. Ayah hanya sempat melihat saya beraksi ketika SUKMA Perlis tapi ketika itu saya gagal meraih sebarang pingat. 

"Terima kasih juga kepada ibu, Khadijah Ali, jurulatih dan semua yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya," katanya yang bergelut dengan kecederaan hamstring di kedua-dua belah kakinya tiga bulan sebelum SUKMA bermula. 

SUKMA Perak ke-19 menutup tirainya hari ini dengan Terengganu dinobatkan juara keseluruhan. 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 September 2018 @ 10:24 PM