ATLET memanah Johor, dari kiri Nuraqilah Khairul, Mohamad Syafiq (dua dari kiri), Mohamad Najib (tengah), Mohamad Zulqarnain (dua dari kanan) dan Nurqaisara Rizuana Zurawan yang akan menyertai acara recurve dan compound pada temasya SUKMA Perak. FOTO Rizar Mohd Noor

Rizar Mohd Noor

JOHOR BAHRU: Skuad memanah Johor menyasarkan kilauan emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak yang bermula 12 September ini.

Ketua jurulatih memanah Johor, Abdul Razak Yaacob berkata, sudah tiba masanya acara itu meraih kejayaan selepas gagal membawa pulang sebarang pingat di temasya SUKMA 2016 di Sarawak.

"Semua jurulatih meletakkan sasaran emas dan saya juga mahukannya cuma kita tidak letak berapa banyak emas yang kita sasar.

"Bagi acara recurve agak sukar untuk atlet memanah Johor memburu emas memandangkan sejak 2016 atlet memanah yang berlatih di bawah Program Podium layak bertanding pada temasya itu dan kita tidak memiliki atlet yang berlatih dalam program berkenaan," katanya.

Abdul Razak berkata, skuad memanah Johor menyandarkan harapan kepada Mohamad Zulqarnain Mohd Zaidi, Mohammad Najib Md Naim dan Mohamad Syafiq Ramli yang akan menyertai acara trio compound.

Menurutnya lagi, mereka adalah prospek bagi SUKMA 2020 dengan Johor menjadi tuan rumah dan pihaknya kini giat membentuk dan memberi pendedahan terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 September 2018 @ 6:19 PM