EMPAT muka baharu dipanggil Kim Swee bagi perkuat skuad B-23 mengharungi kempen Sukan Asia, bulan depan.
EMPAT muka baharu dipanggil Kim Swee bagi perkuat skuad B-23 mengharungi kempen Sukan Asia, bulan depan.
Aziman Rosdi


JURULATIH skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan memanggil empat pemain baru untuk menyertai latihan pusat bagi mengharungi kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang, bulan depan.

Mereka adalah Adib Zainudin (Johor Darul Ta’zim II), Akhyar Rashid (Kedah), R Kogileswaran (Pahang) dan Syahmi Safari (Selangor) yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia.

Empat pemain ini antara tonggak skuad B-23 yang melakar sejarah mara ke suku akhir di Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di China pada Januari lalu.

Keputusan terbaru itu menyaksikan Kim Swee bakal menghimpunkan 28 pemain bagi kem latihan pusat pada 30 Julai ini andai semua pemain mendapat pelepasan pasukan masing-masing.

Daripada 28 pemain yang disenaraikan, tiga pemain lebih usia Aidil Zafuan Abd Radzak dari JDT, serta Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali (Kedah) kekal berada dalam skuad.

Malaysia berdepan tugas mencabar pada kempen Sukan Asia kali ini apabila diundi menentang juara bertahan Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 11:46 PM