KEVIN KISNER
KEVIN KISNER

CARNOUSTIE, United Kingdom: Kevin Kisner dari Amerika Syarikat (AS) melakukan tiga birdie berturut-turut pada sembilan lubang terakhir untuk mencatat lima bawah par 66 sekali gus mendahului hari pertama golf Terbuka British, di sini, sebentar tadi.

Pemain berusia 34 tahun itu yang juga pemenang dua gelaran Jelajah PGA, beraksi baik di pusingan awal selepas melakukan bogey di lubang kelima sebelum membenam eagle di lubang keenam.

Kisner menggantikan pemain Afrika Selatan, Erik van Rooyen di tangga pertama.

Van Rooyen yang beraksi dalam kumpulan kedua, terdahulu mendahului dengan melakukan par 67.

Dia melakukan lima birdie termasuk pada dua lubang pertama dan berada di landasan tepat untuk mendahului hari pertama sebelum tercicir satu pukulan di lubang ke-18.

Pemain berusia 28 tahun itu yang layak beraksi di Terbuka British buat kali pertama selepas menduduki tempat kedua di Terbuka Joburg tahun lalu, mendahului dua pukulan berbanding Danny Willett dan Matthew Southgate.

Willett yang juga juara Masters 2016, beraksi baik pada sembilan lubang pertama apabila melakukan tiga birdie berturut-turut bermula di lubang keempat.

Bagaimanapun, dia gagal mempamerkan aksi konsisten di hujung saingan sekali gus mencatat par 69.

Southgate pula melakukan dua eagle, dua birdie dan empat bogey.

- AFP

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 10:12 PM