BAPA Neymar mahu penyokong beri sokongan positif kepada anaknya. FOTO/AFP
BAPA Neymar mahu penyokong beri sokongan positif kepada anaknya. FOTO/AFP
AFP

RIO DE JANEIRO: Bapa Neymar meminta peminat bintang Brazil itu supaya tidak mudah melatah di laman sosial selepas ramai yang mengkritik persembahan pemain itu di Piala Dunia setakat ini.

“Kamu semua, cuba bertenang sedikit di laman sosial. Elakkan menghina sesiapa pun. Jika kamu hendak menyokong Juninho (Neymar) lakukan dengan cara yang positif,” kata Neymar Sr dalam petikan mesej di laman web Globoesporte.com.

Neymar bukan saja pemain termahal dunia tetapi juga muncul sebagai tumpuan utama dalam pasukan Brazil yang dipenuhi pemain berbakat.

Bagaimanapun, kepulangannya daripada tempoh rehat yang panjang berikutan pembedahan kaki, dicemari dakwaan betapa dia tidak beraksi sebagai satu pasukan dan gemar menjatuhkan badan.

Pada Jumaat lalu, penyerang Paris Saint-Germain (PSG) berusia 26 tahun itu menitiskan air mata ketika jaringan lewat permainannya membantu Brazil mengatasi Costa Rica 2-0.

Persembahannya mencetuskan tweet penuh sindiran dengan orang ramai mengejek pemain itu yang suka menjatuhkan badan walaupun hanya diasak ringan.

Malah, ada sebilangan penyokong yang mula meminta untuk Neymar digugurkan, dengan mengatakan dia menjejaskan dan memperlahankan rentak permainan Brazil.

Brazil selepas ini dijadualkan menentang Serbia Rabu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Jun 2018 @ 10:55 AM