Fadhli Ishak


SAINGAN hari pertama perlumbaan FIA Formula 4 Asia Tenggara tajaan PETRON menyaksikan penguasaan pelumba kelahiran Thailand, Kane Shepherd yang mengungguli perlumbaan pertama pada Jumaat.

Ini merupakan podium ketiga Kane Shepherd selepas meraih dua podium di Litar Antarabangsa Sepang ketika perlumbaan siri keempat September lalu.

Meskipun memulakan saingan di petak kedua, namun ketangkasan pelumba berusia 17 tahun itu memanfaatkan kealpaan Danial Cao untuk memintas di selekoh pertama pada pusingan pertama.

“Saya berada dalam keadaan terbaik ketika ini dan sudah tentu kemenangan hari ini adalah keputusan yang baik dan saya menikmati perlumbaan ini.

“Sudah tentu saya akan cuba raih podium sebanyak mungkin selepas ini kerana keadaan disini begitu baik dan saya sudah bersedia,”kata Shepard.

Selepas sembilan pusingan, Kane Shepard menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 23 minit 37.764 saat.

Tempat kedua milik pelumba kelahiran China, Daniel Cao yang ketinggalan 0.363 saat dibelakang Kane manakala Alessandro Ghiretti dari Perancis di tangga ketiga.

11 pelumba yang memulakan saingan perlumbaan pertama hari ini berdepan ujian getir apabila terpaksa beraksi di dalam keadaan hujan renyai sepanjang sembilan pusingan.

Sementara itu, pelumba terbaik Malaysia milik Muizz Musyaffa yang menamatkan perlumbaan peringkat pertama di kedudukan keempat dengan catatan masa 23 minit 46.733 saat.

Meskipun memulakan saingan di petak ketiga, Muizz tetap berpuas hati dengan pencapaiannya pada hari ini.

“Ini perlumbaan kedua saya musim ini, masih cuba untuk menyesuaikan diri tetapi saya akan cuba perbaiki pada perlumbaan seterusnya.

“Semua pelumba ada cabaran tersendiri tetapi bagi saya faktor cuaca bukan halangan. Pelumba memberikan tentangan sengit dan tidak memberikan peluang mudah untuk memintas,” kata Muizz.

Perlumbaan pusingan kedua dijadual berlangsung di sebelah pagi esok diikuti pusingan ketiga pada sebelah petang.

Manakala tiga lagi perlumbaan sekaligus melengkapkan saingan bagi siri kelima akan berlangsung pada Ahad.

 

 

Keputusan perlumbaan pusingan pertama Formula 4 SEA Siri Kelima 

 

 

1. Kane Shepherd (THA) - 23:37.764

2. Daniel Cao (CHN) - 23:38.127

3. Alessandro Ghiretti (FRA) - 23:46.454

4. Muizz Musyaffa (MAS) - 23:46.733

5. Hibiki Taira (JPN) - 23:47.191

6. Nazim Azman (MAS) - 23:49.141

7. Isyraf Danish (MAS) - 23:49.277

8. Luke Thompson (IRL) - 23:51.759

9. Arsh Johany (MAS) - 24:01.544

10. Presley Martono (INA) - 24:28.921

11. Armand Johany (MAS) - 24:48.469

 

 

 

 

Starting grid 

 

 

Danial Cao - CHN - 2 min 13.430

Kane Shephard - THA - 2 min 13.468

Muizz Musyaffa - MAS - 2 min 13.512

Hibiki Taira - JPN - 2 min 13.564

Presley Martono - INA - 2 min 13.621

Alessandro Ghiretti - FRA - 2 min 13.624

Isyraf Danish - MAS - 2 min 13.877

Nazim Azman - MAS - 2 min 13.898

Timoty Yeo - MAS -  2 min 15.050 

Luke Thompson - IRL - 2 min 15.341

Armand Johany - MAS - 2 min 15.790

Arsh Johany - MAS 2 min 15.971

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 April 2018 @ 10:11 PM