AKSI David (depan) ketika mendahului perlumbaan.
AKSI David (depan) ketika mendahului perlumbaan.

SEPANG: Aksi Formula 4 (F4) Asia Tenggara membabitkan 10 pusingan dan 40 perlumbaan kembali menghangatkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu lalu.

Pusingan ketujuh ini yang membabitkan empat perlumbaan hujung minggu lalu dikuasai pelumba Perancis, Hadrian David yang muncul juara perlumbaan pertama, kedua dan ketiga.

Bagaimanapun, pelumba dari Australia, Josh Smith cuba memberi cabaran sengit apabila berjaya mencatat pusingan terpantas dan memenangi perlumbaan keempat.

Turut mencuri tumpuan dalam saingan F4 kali ini ialah pelumba tuan rumah, Muizz Musyaffa yang cuba untuk mencabar David pada perlumbaan kedua, namun dia hanya berpuas hati di tempat kedua mengetepikan Elias Seppanen di tempat ketiga.

Sementara itu, pelumba Ireland, Lucca Allen berjaya mengatasi Shihab Al Habsi dari Oman, namun kedua-dua mereka tidak mampu untuk berada di bahagian depan dalam aksi kali ini.

Pelumba baharu dari Portugal, Frederico Peters yang buat kali pertama menyertai saingan juga berjaya memberikan persembahan terbaik termasuk berjaya mengatasi Yuma Shoji (Jepun).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 5:30 AM