BRAZIL antara lima negara yang merekod pembelian terbesar tiket Piala Dunia di Russia.
BRAZIL antara lima negara yang merekod pembelian terbesar tiket Piala Dunia di Russia.

ZURICH: Penyokong Amerika Latin membeli tiket Piala Dunia di Russia lebih pantas berbanding penyokong di Eropah, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.

FIFA menyatakan sebanyak 394,433 tiket dijual sepanjang tempoh jualan tiket baru-baru ini dengan 216,134 tiket daripadanya diperuntukkan buat penyokong tuan rumah.

Penyokong dari Amerika Syarikat menjadi pembeli terbesar dalam kalangan penyokong asing dengan 16,642 tiket meskipun pasukan itu gagal layak ke pusingan akhir.

Lima negara yang turut merekod pembelian terbesar adalah Argentina (15,006), Colombia (14,755), Mexico (14,372), Brazil (9,962) dan Peru (9,766).

Jerman yang juga penyandang juara mengungguli zon Eropah dengan 5,974 tiket sementara China (6,598), Australia (5,905) dan India (4,509) melengkapkan senarai 10 negara dengan pembelian terbanyak.

Bagaimanapun, FIFA tidak memberikan pecahan untuk jumlah keseluruhan 1,698,049 tiket yang sudah dijual setakat ini.

FIFA turut memaklumkan jualan kelompok tiket terakhir akan bermula 18 April ini. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 April 2018 @ 11:32 PM