VALENTINO Rossi menyambung kontrak lanjutan bersama Yamaha hari ini. - Foto AFP
VALENTINO Rossi menyambung kontrak lanjutan bersama Yamaha hari ini. - Foto AFP

JUARA dunia lima kali, Valentino Rossi menyambung kontrak lanjutan selama dua tahun bersama Yamaha hari ini sekali gus memadam khabar angin mengenai masa depannya di saingan MotoGP.

Veteran Itali itu yang meraikan ulang tahun ke-39 tahun bulan lalu, akan kekal beraksi sekurang-kurangnya sehingga 2020.

 Kontraknya sebelum ini berakhir hujung 2018 yang juga musim ke-23 di saingan kompetitif itu.

 "Ketika saya menandatangani kontrak dengan Yamaha sebelum ini, iaitu pada Mac 2016, saya membayangkan ia adalah kontrak terakhir sebagai pelumba MotoGP," kata Rossi menjelang aksi pembuka tirai di Qatar minggu ini.

 "Ketika itu, saya ambil keputusan untuk melanjutkan kontrak selama dua tahun lagi.

 "Selepas hampir dua tahun, saya mengambil keputusan untuk terus berlumba di saingan MotoGP terutamanya menunggang jentera M1. Ia membuatkan saya berasa sangat seronok," katanya.

 Rossi sememangnya kekal sebagai nama besar disaingan berprestij itu di sebalik menamatkan saingan keseluruhan musim lalu di tempat kelima dan kejuaraan dunia terakhirnya adalah pada 2009.

 Dia sudah memenangi 56 perlumbaan bersama Yamaha, pasukan dari Jepun yang diwakilinya dari 2004 hingga 2010 dan kemudian kembali semula pada 2013 selepas dua musim bersama Ducati.

 Ia juga bermakna, Rossi akan terus bergandingan bersama Maverick Vinales yang menamatkan saingan tahun lalu di tempat ketiga.

 Vinales turut menyambung kontrak sehingga 202. .- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 11:43 PM