HAMILTON (kiri) tidak akan membenarkan Vettel memintasnya. FOTO/AFP
HAMILTON (kiri) tidak akan membenarkan Vettel memintasnya. FOTO/AFP
Reuters

SILVERSTONE, England: Lewis Hamilton menjangkakan permusuhannya dalam Formula Satu (F1) dengan Sebastian Vettel akan menjadi lebih tegang musim ini ketika dia bersedia dengan apa saja bagi menghadapi pemandu Ferrari itu.

Pertarungan antara kedua-dua juara dunia empat kali itu menjanjikan tajuk utama musim ini bermula di Australia pada 25 Mac.

Hamilton berkedudukan teratas tahun lalu, musim yang bermula dengan rasa hormat sebelum bertukar menjadi kekasaran ‘di jalan raya’ apabila mereka berlanggar dan menghentam tayar di Azerbaijan.

“Anda perlu menjangkakan dan ia boleh menjadi lebih buruk,” kata Hamilton kepada wartawan ketika pelancaran jentera baharu Mercedes, F1 W09 di Silverstone semalam.

“Sentiasa jangkakan perkara buruk dan harap ia akan jadi lebih baik.”

Pemandu Britain itu berkata, kempen kali ini akan menjadi lebih rapat berbanding sebelum ini tetapi ia juga boleh menjadi lebih baik.

“Saya harap jika dapat beraksi dengan baik, akan ada isu – kerana mereka (Ferrari) pasti akan sukar menerimanya,” katanya.

Ditanya mengenai potensi ‘permainan minda’, Hamilton hanya tersenyum.

“Secara jujur saya tidak melakukan permainan minda,” katanya. “Saya hanya memandu dengan laju.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2018 @ 11:00 AM