VETTEL (tengah) meninjau keadaan Litar Silverstone bagi kejohanan GP British.
VETTEL (tengah) meninjau keadaan Litar Silverstone bagi kejohanan GP British.
AFP

Silverstone, England: Kehangatan permusuhan antara Sebastian Vettel dan Lewis Hamilton dijangka berterusan di tengah England hujung minggu ini apabila kedua-duanya bertembung lagi pada Grand Prix British.

Kurang seminggu selepas perlumbaan GP Austria di Alps Styrian, yang mana Valtteri Bottas muncul pemenang buat Mercedes manakala dua watak utama berakhir di tangga kedua dan keempat, pertarungan lebih hebat dan sengit di litar mendatar, namun berkelajuan tinggi itu dijangkakan.

Populariti dan reputasi pendahulu kejuaraan Vettel dari Ferrari agak terjejas akhir-akhir ini manakala Hamilton mengalami nasib kurang baik ketinggalan 20 mata di belakang.

Ia satu senario klasik yang dijangkakan daripada penyokong tuan rumah untuk memberikan sokongan padu terhadap Hamilton manakala pencabarnya mungkin bersedia dengan sesuatu.

Penonton yang ramai di Silverstone, yang mana lebih daripada 120,000 dijangka hadir Ahad ini jika cuaca mengizinkan.

Hamilton mempunyai alasan kuat untuk bangkit meraih mata dengan memenangi perlumbaan laman sendirinya bagi tahun keempat berturut-turut dan kelima keseluruhan, sekali gus menyamai rekod Alain Prost.

Pemandu Britain itu menyendiri sejak kecewa di Red Bull Ring hujung minggu lalu namun mengakui: “Saya tidak mempunyai bola kristal, tapi ia memang tidak bagus ketika ini.

“Bagaimana saya boleh cuba mengubahnya? Musim ini masih panjang ia mungkin berubah selepas satu perlumbaan, namun jika jurang semakin besar, tekanan semakin meningkat.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 11:03 AM