CHAPRON (kanan) melayangkan kad merah kepada Carlos selepas menyepak pemain Nantes itu. -Foto Reuters
CHAPRON (kanan) melayangkan kad merah kepada Carlos selepas menyepak pemain Nantes itu. -Foto Reuters
AFP

PARIS: Pengadil Tony Chapron menjadi watak jahat dalam kemenangan Paris Saint-Germain 1-0 mengatasi Nantes awal pagi tadi, selepas insiden pelanggaran dengan Diego Carlos sebelum menyepak pemain Brazil itu dan melayangkan kad merah.

Ketika masa kecederaan dan PSG sedang melakukan serangan balas pantas, Chapron memasuki laluan pertahanan tengah Nantes, Carlos dan tersungkur atas padang.

Pegawai perlawanan itu mengejutkan penonton di stadium dan mereka yang menyaksikan di kaca televisyen apabila menyepak Carlos ketika masih terjatuh, insiden yang mengingatkan kembali apa yang berlaku kepada David Beckham pada Piala Dunia 1998, sebelum melayangkan kad kuning kedua buat pemain malang itu.

“Dia memberitahu saya dia tidak tidak pernah mahu menyepak pemain itu dan dia merasakan ditolak dari belakang,” kata presiden Nantes, Waldemar Kita selepas bercakap dengan Chapron.

“Ia sesuatu yang lawak. Saya menerima 20 mesej dari seluruh dunia memberitahu saya pengadil ini lawak,” kata Kita kepada TV Perancis.

“Apa yang anda mahu saya katakan? Jika saya bercakap banyak saya akan dipanggil mengadap suruhanjaya etika. Kami tidak ada hak untuk berkata apa-apa.”

Pemain tengah Nantes, Valentin Rongier yang melihat dengan jelas insiden berkenaan, meminta pengadil berkenaan dikenakan penggantungan panjang.

“Dia kata terjatuh, tapi saya tahu dia menyepaknya,” kata Rongier kepada Canal+.

“Saya tahu ia sangat sukar buat pengadil tetapi anda perlu mempersoalkannya dari semasa ke semasa... Apabila kami melakukannya, kami akan digantung 10 perlawanan.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 January 2018 @ 12:14 PM