RUDIGER (kiri) dilihat menggigit Pogba. FOTO Agensi
RUDIGER (kiri) dilihat menggigit Pogba. FOTO Agensi
Agensi

Munich: Paul Pogba menegaskan Perancis sememangnya dahagakan kejayaan di Euro selepas dia digigit oleh Antonio Rudiger.

Pogba beraksi ketika membantu Perancis melakar kemenangan 1-0 ke atas Jerman hasil gol sendiri Mats Hummels.

Bagaimanapun Pogba juga mendapat perhatian ketika insiden di separuh masa pertama apabila Rudiger menggigitnya di bahagian bahu.

Meskipun ia tidak seteruk insiden Luis Suarez menggigit Georgio Chiellini pada Piala Dunia 2014, namun pemain tengah Perancis itu tetap mengadu kepada pengadil perlawanan, Carlos Del Carro Grande.

"Ia bukanlah masalah besar. Anda sendiri saksikan di televisyen dan ia sudah berakhir.

"Dia menggigit sedikit dan saya merasainya, jadi saya beritahu pengadil tetapi tidaklah sampai memintanya melayangkan kad kuning atau merah.

"Saya dan Rudiger sudah lama mengenali antara satu sama lain dan saya hanya mahu bermain bola sepak.

"Dia tidak dikenakan hukuman dan saya juga tidak mahu dia digantung hanya kerana insiden itu. Kami berpelukan selepas tamat perlawanan dan ia sudah berakhir," kata Pogba.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 10:58 AM