YANG Zhuliang
YANG Zhuliang
HM Digital

Kuala Lumpur: Jurulatih terjun negara Yang Zhuliang tidak akan membimbing pasukan elit kebangsaan tahun depan di sebalik melahirkan juara dunia dan pemenang pingat Sukan Olimpik.

Kontrak pengendali dari China itu di bawah Program Podium tidak disambung dan ia bermakna, beliau akan meninggalkan Malaysia pada 31 Disember ini.

Difahamkan Institut Sukan Negara (ISN) mahukan pembaharuan untuk pasukan terjun negara dan bercadang meletakkan Zhuliang mengetuai aspek pembangunan.

Jurulatih berusia 53 tahun itu yang kembali dari Australia selepas berehat selama sebulan berkata, kontraknya tidak dibincangkan lagi.

“Nampaknya mereka tidak mahu saya membimbing skuad kebangsaan lagi,” kat Zhuliang yang menjadi jurulatih sejak 2008.

“Sudah banyak kejayaan yang saya lalui bersama skuad terjun negara dan saya tidak pernah menyesal jika meninggalkan mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2017 @ 9:41 AM