PENYOKONG Johor DT yang menggelar diri mereka BOIS hadir ke Stadium Shah Alam dengan gaya tersendiri mereka. -Foto NSTP
PENYOKONG Johor DT yang menggelar diri mereka BOIS hadir ke Stadium Shah Alam dengan gaya tersendiri mereka. -Foto NSTP
ANTARA sebahagian penyokong Kedah yang hadir ke Stadium Shah Alam. -Foto NSTP
ANTARA sebahagian penyokong Kedah yang hadir ke Stadium Shah Alam. -Foto NSTP
GELAGAT penyokong Kedah di Stadium Shah Alam. -Foto NSTP
GELAGAT penyokong Kedah di Stadium Shah Alam. -Foto NSTP
Mohamad Zulfaizan Mansor dan Syafiq Aznan


KEMAMPUAN Kedah dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dalam Liga Malaysia (Liga M) memang tidak boleh dinafikan lebih-lebih lagi selepas kedua-dua pasukan layak ke final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Jika trofi piala berprestij itu menjadi buruan 22 pemain di tengah padang, penyokong kedua-dua pasukan pula pastinya mempamerkan gelagat ‘unik’ masing-masing ketika berada di luar atau dalam stadium.

Bermula di luar stadium, aktiviti cat muka, hadir dengan pelbagai kostum seakan sudah sinonim dengan aksi final dan banyak lagi situasi menarik yang boleh disaksikan di sekitar stadium itu.

Malah, gerai jualan yang dibuka secara besar-besaran juga turut menambah seri dan tarikan untuk final kali ini sekali gus menjadikan gelanggang final Piala Malaysia seakan bertukar seperti pesta makanan.

Cuaca hujan sebelah pagi nyata tidak membantutkan keghairahan penyokong kedua-dua pasukan untuk bertandang ke stadium dengan stadium mula dibanjiri ‘penyokong’ seawal jam 10 pagi lagi.

Stadium Shah Alam mula terbahagi kepada dua tona warna yang menyaksikan sebelah kanan stadium dibanjiri penyokong JDT yang mengenakan jersi berwarna merah biru sementara warna hijau kuning menghiasi pemandangan sebelah kiri stadium.

Kemunculan ‘Boys of Straits’ (B.O.S) yang mula memasuki stadium pada jam 6.30 petang terus menghangatkan suasana dengan mereka melaungkan ‘nyanyian’ dan tepukan semangat yang turut disambut oleh penyokong Harimau Selatan.

Bagaimanapun, pertembungan ‘dua lautan’ yang membabitkan kira-kira 80,000 penonton itu tetap terkawal dan kualiti penyokong profesional berjaya ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong yang dilihat boleh bergaul mesra tanpa timbul sebarang masalah.

Bukan itu sahaja, ‘perang’ kain rentang juga menambah rencah aksi final yang menyaksikan puluhan kain rentang digantung oleh penyokong kedua-dua pasukan sebagai tanda sokongan kepada pasukan masing-masing.

ANTARA sebahagian penyokong Kedah yang hadir ke Stadium Shah Alam. -Foto NSTP
ANTARA sebahagian penyokong Kedah yang hadir ke Stadium Shah Alam. -Foto NSTP

Kebanyakan kain rentang yang dapat disaksikan di Stadium Shah Alam adalah lebih kepada tempat asal penyokong yang hadir ke stadium antaranya ‘Pokok Sena’, ‘Gamuda Sg Kob’, ‘ Bandar Baharu’ ‘Penyokong Padang Serai’, ‘Ledang’, ‘Segamat’ dan ‘Pontian’.

Beberapa kain rentang dengan kata-kata semangat turut dipaparkan antaranya ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’, ‘Pulun Kedah Pulun’, ‘Jangan Kendoq’ dan ‘Teguh Bersama’.

PENYOKONG Johor DT yang menggelar diri mereka BOIS hadir ke Stadium Shah Alam dengan gaya tersendiri mereka. -Foto NSTP
PENYOKONG Johor DT yang menggelar diri mereka BOIS hadir ke Stadium Shah Alam dengan gaya tersendiri mereka. -Foto NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 8:36 PM