PEMAIN golf meraikan kejayaan memenangi Piala Solheim.
PEMAIN golf meraikan kejayaan memenangi Piala Solheim.
AFP

LOS ANGELES: Amerika Syarikat memenangi Piala Solheim awal pagi tadi, menafikan usaha kebangkitan Eropah sebelum menang 16 1/2 berbanding 11 1/2 dalam pertandingan match play wanita.

Amerika mendahului lima mata menjelang aksi 12 acara perseorangan di Des Moines Golf and Country Club di Iowa.

Catatan markah menunjukkan 14 1/2 mata diperlukan untuk menang secara mutlak apabila Lizette Salas menolak masuk par pada lubang ke-18 bagi kemenangan 1-up ke atas Jodi Ewart Shadoff dari England.

“Tangan saya masih bergetar hanya memikirkan mengenainya,” kata Lizette, yang menyelimuti badannya dengan bendera AS di green ketika meraikan kemenangan itu.

Malah saat itu lebih sekadar formaliti dengan Amerika sudah memastikan kemenangan berdasarkan beberapa perlawanan yang masih berlangsung dan pemain mereka mendahului.

“Ia mungkin wajar kedua-duanya mendapat setengah mata, kedua-duanya bermain mengagumkan,” kata kapten AS, Juli Inkster mengenai pertemuan Lexi Thompson dan Anna Nordqvist dari Sweden yang berkongsi mata.

Apabila pemain berusia 18 tahun Angel Yin seri perlawanannya dengan pemain Perancis, Karine Icher dan Lizette serta Gerina Piller memastikan sekurang-kurangnya setengah mata, Amerika menamatkan saingan dengan penuh kegembiraan.

“Kami tidak dapat melawan, tiada keraguan mengenainya,” kata Annika, menambah beliau bangga dengan keazaman pemainnya.

“Mereka keluar ke sana berjuang untuk setiap mata,” katanya selepas pemainnya meraih enam daripada 12 mata ditawarkan pada hari terakhir.

Juli menyertai Judy Rankin sebagai kapten yang berjaya mengemudi kemenangan berturut-turut AS dalam Piala Solheim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2017 @ 11:35 AM