PASUKAN Eropah bergambar bersama trofi Piala Solheim selepas menewaskan Pasukan AS.  FOTO AFP
PASUKAN Eropah bergambar bersama trofi Piala Solheim selepas menewaskan Pasukan AS. FOTO AFP
Reuters

Casares, Sepanyol: Kapten Pasukan Eropah Suzann Pettersen berkata pemainnya kini menjadi legenda apabila mereka mempertahankan Piala Solheim selepas seri 14-14 menentang Pasukan Amerika Syarikat (AS) semalam.

Kemenangan sensasi Carlota Ciganda ke atas Nelly Korda di lubang ke-17 membolehkan Eropah meraih mata diperlukan untuk meraih kejuaraan ketiga berturut-turut.

Eropah menjuarai Piala Solheim di Ohio pada 2021 dan sebagai juara bertahan mereka perlukam 14 mata untuk menjuarai kejohanan manakala AS memerlukan 14 mata.

"Tiada yang lebih baik daripada ini, ia mimpi menjadi nyata," kata Suzann. "Kami berdepan cabaran lebih hebat selepas ini. Kami mencipta sejarah sekali lagi di Piala Solheim. Mereka adalah legenda."

Perlawanan di Finca Cortesin di Andalusia, Sepanyol berlangsung sengit apabila terikat 8-8 sebelum Pasukan Eropah mempamerkan semangat juang tinggi.

"Saya fikir ia menunjukkan karakter sebenar pasukan ini."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2023 @ 11:05 AM