MORGAN menang 10 aksi Piala Solheim. — FOTO Agensi
MORGAN menang 10 aksi Piala Solheim. — FOTO Agensi
AFP

KAPTEN Amerika Syarikat, Juli Inkster menamakan Morgan Pressel dan Stacy Lewis sebagai pilihan wildcard bagi Piala Solheim, memilih pemain berpengalaman ketika AS berusaha mempertahankan kejuaraan menentang Eropah di Gleneagles bulan depan.

Morgan, 31, dan Lewis, 34, sudah beraksi 35 perlawanan Piala Solheim antara mereka, menokok pengalaman dalam skuad 12 pemain yang termasuk lima pemain rookie.

“Saya hanya berasakan saya perlukan sedikit kepimpinan veteran,” kata Juli mengenai pilihan wildcard itu. “Saya mempunyai skuad yang amat muda dan kurang pengalaman jadi saya perlukan keseimbangan.

“Ramai pemain saya mahukan Morgan dan Stacy dalam pasukan dan ia banyak membantu saya membuat pilihan. Saya juga boleh menggandingkan mereka dengan mana-mana pemain.”

STACY beraksi empat Piala Solheim terakhir. — FOTO Agensi
STACY beraksi empat Piala Solheim terakhir. — FOTO Agensi

AS berdepan Eropah di lapangan PGA Centenary di Gleneagles, Scotland dari 13 hingga 15 September depan.

Amerika berazam untuk merangkul kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut di bawah kepimpinan Juli.

Morgan bermain dalam lima Piala Solheim berturut-turut antara 2007 hingga 2015, mencipta rekod 10 kemenangan, tujuh kalah dan dua seri.

Stacy pula bermain dalam empat Piala Solheim terakhir, menang lima perlawanan, kalah 10 dan seri sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 1:24 PM