PEMAIN negara Trisha Then Chiah Huey (kiri) menghalang atlet Indonesia Ran Raida membuat balingan pada perlawanan polo air.
PEMAIN negara Trisha Then Chiah Huey (kiri) menghalang atlet Indonesia Ran Raida membuat balingan pada perlawanan polo air.
HM Digital

Kuala Lumpur: Malaysia dikecewakan dalam perlawanan penentuan bagi gangsa acara polo air wanita apabila tewas 1-5 kepada Indonesia 1-5, semalam.

Kedua-dua negara kalah perlawanan pembukaan masing-masing dalam aksi pusingan round robin empat pasukan di Pusat Akuatik Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil.

Indonesia membuka jaringan seawal tujuh minit permainan menerusi jNyoman Ayu Savitro sebelum menambah tiga lagi melalui Hudaidah Kadir, Inez Febrianti Rasyid dan Siti Balkis.

Pada babak suku terakhir, Indonesia menambah dua lagi gol menerusi Rani Raida bagi mempertahankan gangsa acara polo air wanita.

Gol tunggal Malaysia dijaringkan Sarah-Ann Thorp pada suku ketiga perlawanan.

Terdahulu, dalam perlawanan merebut pingat emas, Thailand terus unggul dengan menumpaskan Singapura 5-1 untuk mengekalkan emas terus berada dalam genggaman mereka.

Jurulatih Thailand Daniele Ferri berkata beliau bangga dengan prestasi pemainnya kerana menyenaraikan pemain muda.

“Singapura bermain baik dan bukan mudah untuk kami menang emas dua kali berturut-turut,” katanya.

Hari ini, pasukan polo air lelaki Malaysia akan bertemu Singapura dalam satu lagi perlawanan pelengkap pusingan round robin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 3:30 AM