PANDELELA dan Jun Hoong  selepas menerima pingat. FOTO Reuters
PANDELELA dan Jun Hoong selepas menerima pingat. FOTO Reuters
AFP

GANDINGAN Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong menghadiahkan gangsa bagi acara 10 meter platform seirama di Kejohanan Akuatik Dunia FINA 2017 di Budapest, Hungary.

Pandelela-Jun Hoong mengumpul 328.74 mata dalam acara pada Ahad yang dimenangi penerjun China, Ren Qian dan Si Yajie dengan 352.56 mata

Penerjun China kini sudah memenangi acara ini dalam sembilan kejohanan dunia sejak Ukraine meraih emas pada 1988.

Pingat perak dimenangi penerjun Korea Utara, Kim Mi-Rae Kim Kuk-Hyang dengan 336.48 mata.

Ia juga pingat perak pertama buat negara itu dalam kejohanan dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 8:38 AM