ORANG ramai membeli tiket di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. FOTO arkib NSTP
ORANG ramai membeli tiket di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. FOTO arkib NSTP
Isma Ismail


TIKET perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu akan mula dijual kepada orang ramai, Sabtu ini.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), hari ini, tiket berkenaan akan dijual bermula 10 pagi di kaunter tiket stadium berkenaan.

Katanya, 10,000 keping tiket diperuntukkan kepada orang ramai untuk menyaksikan perlawanan itu dan setiap orang dihadkan membeli tiga keping tiket sahaja.

"Tiket akan dijual pada harga RM20 (berbumbung), RM10 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak," katanya.

Terengganu yang bersaing dalam Liga Perdana akan menerima kunjungan Kedah selepas skuad Helang Merah itu menang 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman pada 30 April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 5:47 PM