Syed Unan (dua dari kanan) pada sidang akhbar pengumuman pemberian tiket percuma kepada penyokong Kedah. FOTO KEDAH FA
Syed Unan (dua dari kanan) pada sidang akhbar pengumuman pemberian tiket percuma kepada penyokong Kedah. FOTO KEDAH FA
Oleh Syahid Sokri


Alor Setar: Sebanyak 24,000 tiket percuma diberikan kepada penyokong bola sepak Kedah untuk perlawanan Liga Super Kedah bertemu Terengganu di Stadium Darul Aman, malam esok.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Paduka Syed Unan Masri Syed Abdullah berkata, pemberian tiket percuma itu sebagai salah satu cara menghargai peminat yang sentiasa menyokong pasukan berkenaan sehingga dapat beraksi dalam Liga Super.

Menurutnya, tiket dikeluarkan terhad setiap seorang hanya satu tiket dan akan mula diberikan esok bermula jam 10 pagi. Peruntukan turut diberikan kepada penyokong Terengganu.

“Peminat boleh mendapatkan tiket berkenaan di 18 kaunter yang dibuka esok tetapi mereka perlu datang awal bagi mendapatkan tiket berbumbung.

"Tiket berbumbung terhad kepada 3,000 dan 5,000 untuk tempat duduk lain, manakala selebihnya akan diberi kepada peminat gabungan negeri sebanyak 6,000 tiket, " katanya.

Semua penyokong Hijau Kuning perlu mendapatkan tiket di kaunter A3, B, D dan F. Setiap kaunter dibuka empat laluan hingga tiket kehabisan stok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 6:51 PM