TEKNIK latihan fleksibiliti 'straight arm wall stretch' bagi meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen di kawasan sendi bahu.
TEKNIK latihan fleksibiliti 'straight arm wall stretch' bagi meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen di kawasan sendi bahu.
Hafiz Ithnin

Kecederaan sendi bahu bukan perkara baharu. Malah, ia sering dialami mereka yang aktif dalam bersukan.

Saintis kecergasan Riquan Aqif Ropli berkata, sendi bahu antara sendi yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian seperti mengangkat dan meletak barang disebabkan keupayaannya untuk bergerak dalam banyak posisi seperti 'flexion', 'extension', 'abduction', 'adduction', 'lateral rotation', 'medial rotation' dan 'circumduction'.

Jelasnya, dalam erti kata lain ia adalah sendi yang paling mudah alih dalam badan manusia. Disebabkan ia banyak digunakan dalam kehidupan seharian, oleh itu kebarangkalian untuknya cedera adalah sangat tinggi.

"Menyelaputi sendi ini adalah kapsul berasaskan fiber longgar, untuk sukan berimpak tinggi seperti ragbi. Sukan ini akan menyebabkan koyak kepada tempat tertentu di lapisan kapsul ini.

"Fiber kapsul yang koyak akan menghasilkan parut tisu dan apabila proses ini berulang ia menyebabkan bilangan parut tisu yang tinggi di kapsul itu," katanya.

TEKNIK latihan pemulihan 'theraband front raise' bagi menguatkan otot seperti 'anterior deltoid'.
TEKNIK latihan pemulihan 'theraband front raise' bagi menguatkan otot seperti 'anterior deltoid'.

TEKNIK latihan pemulihan 'theraband lateral raise' bagi menguatkan otot seperti 'middle deltoid'.
TEKNIK latihan pemulihan 'theraband lateral raise' bagi menguatkan otot seperti 'middle deltoid'.

Katanya, parut tisu ini akan menyebabkan kebolehan mudah alih sendi bahu berkurangan secara mendadak. Hasilnya, sendi bahu seseorang individu itu hanya mampu bergerak dalam kapsiti yang minimum.

"Tambahan kepada teknik rawatan sendi bahu, individu boleh melakukan beberapa latihan pemulihan dan fleksibiliti bagi mempercepatkan proses pemulihan.

"Antara teknik latihan pemulihan yang boleh dilakukan adalah 'theraband front raise', 'theraband lateral raise' dan 'theraband posterior deltoid pull'.

"Manakala latihan fleksibiliti yang boleh dilakukan pula adalah 'wall straight arm stretch' dan 'overhead theraband pull'," katanya.

Riquan berkata, pecahan tempoh yang digalakkan bagi setiap teknik latihan pemulihan ini adalah lima saat 'concentric' kontraksi, lima saat 'isometric' kontraksi dan lima saat 'eccentric' kontraksi, ulangan sebanyak 10 kali dan tiga set setiap sesi untuk tiga ke lima sesi sehari.

TEKNIK latihan pemulihan 'theraband wrist flexion' bagi menguatkan otot seperti 'flexor digitorum profundus' dan 'flexor digitorum superficialis'.
TEKNIK latihan pemulihan 'theraband wrist flexion' bagi menguatkan otot seperti 'flexor digitorum profundus' dan 'flexor digitorum superficialis'.

TEKNIK latihan pemulihan 'theraband wrist extension' bagi menguatkan otot seperti 'extensor digitorum'.
TEKNIK latihan pemulihan 'theraband wrist extension' bagi menguatkan otot seperti 'extensor digitorum'.

"Bagi latihan fleksibiliti pula digalakkan untuk menahan selama satu minit bagi setiap jenis latihan fleksibiliti sebanyak tiga ke lima sesi sehari," katanya.

Katanya, latihan pemulihan ini fokus untuk menguatkan otot bahu seperti 'anterior deltoid', 'middle deltoid' dan 'posterior' deltoid yang terletak di sekeliling kapsul sendi bahu.

Jika otot ini dapat dikuatkan maka ia dapat menyerap impak kepada kepada sedi bahu dengan lebih baik seterusnya mengurangkan keberangkalian untuk kapsul sendi bahu untuk koyak.

"Latihan fleksibilti pula disebabkan otot, tendon dan ligamen yang fleksibel lebih sukar untuk koyak berbanding dengan otot yang ketat," katanya.

TEKNIK latihan fleksibiliti 'wrist extensors stretch' bagi meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen di kawasan sendi lengan.
TEKNIK latihan fleksibiliti 'wrist extensors stretch' bagi meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen di kawasan sendi lengan.

TEKNIK latihan fleksibiliti 'wrist flexors stretch' bagi meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen di kawasan sendi lengan.
TEKNIK latihan fleksibiliti 'wrist flexors stretch' bagi meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen di kawasan sendi lengan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Februari 2022 @ 6:30 AM