MELOMPAT di atas board bukan sahaja boleh menguatkan bahagian bawah badan malah membantu mengawal pernafasan.
MELOMPAT di atas board bukan sahaja boleh menguatkan bahagian bawah badan malah membantu mengawal pernafasan.
Hafiz Ithnin

Siapa yang tidak mahu mempunyai tubuh menarik atau sihat. Namun, kadang-kala apabila kita melakukan aktiviti senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh yang diinginkan, terdapat kurang keseimbangan antara bahagian atas (upper body) dan bawah badan (lower body).

Paling merisaukan bagi sesetengah wanita selepas melakukan pelbagai senaman dan diet, bahagian 'lower body' masih lagi tidak mendapat bentuk yang diidamkan.

Jurulatih Kecergasan, Mohd Hoesni Rahmat berkata, terdapat beberapa latihan kecergasan yang boleh dilakukan orang ramai untuk memastikan keadaan 'lower body' dalam keadaan bukan sahaja mempunyai bentuk yang menarik malah kuat:

LATIHAN lunges amat membantu membentuk kaki yang cantik.
LATIHAN lunges amat membantu membentuk kaki yang cantik.

1. Latihan bebanan squat

Turut di kenali sebagai raja segala senaman kerana semua otot badan bekerja untuk mengekalkan postur badan, kestabilan dan kordinasi ketika melakukannya.

2. Latihan bebanan deadlift

Teknik senaman ini sangat teknikal dan memerlukan penjagaan struktur belakang badan untuk kekal tegak dan lurus bagi memastikan hanya otot pinggul dan hamstring sahaja yang bekerja. Bukan sahaja senaman yang bagus bagi mendapatkan bentuk bawah badan yang cantik tetapi juga dapat meningkatkan tahap metabolisma badan.

MEMEGANG beban antara variasi di dalam squat.
MEMEGANG beban antara variasi di dalam squat.

3. Senaman bebanan lunges

Ia juga sangat bagus kerana membabitkan banyak kumpulan otot besar di bawah badan seperti bahagian peha depan, peha belakang dan pinggul. Pergerakan lunges juga membabitkan bahagian teras badan dan keseimbangan badan. Terdapat pelbagai variasi untuk latihan ini yang boleh kita buat bagi menambah intensiti senaman dan mengelakkan kebiasaan pergerakan.

SENAMAN deadlift.
SENAMAN deadlift.

4. Latihan kardiovaskular menggunakan alat senaman eleptical

Salah satu inovasi teknologi sains sukan yang terbaik pernah dihasilkan.

Alat senaman ini bukan sahaja dapat memberi kecergasan kardiovaskular yang berintensiti tinggi tetapi juga dapat membantu membentuk bahagian bawah badan yang cantik dan membantu membakar lemak di bahagian itu dengan begitu efisien. Ia juga turut dapat membantu memperkuatkan otot di bahagian bawah badan jika melakukan senaman ini dengan teknik dan intensiti yang tepat. Senaman ini sangat mesra kepada sendi, kerana ia tidak memberi impak kepada sendi.

LATIHAN squat menjadi sinonim untuk bahagian bawah badan.
LATIHAN squat menjadi sinonim untuk bahagian bawah badan.

5. Aktiviti mendaki bukit atau tangga

Aktiviti luar ini bukan sahaja membabitkan kardiovaskular malah elemen kecergasan yang lain seperti kekuatan otot, keseimbangan badan dan bahagian teras badan. Kita bukan sahaja boleh berjalan, tetapi berlari menaiki bukit atau tangga atau lebih ekstrim melompat untuk mendapat intensiti senaman yang lebih tinggi.

6. Senaman menggunakan step board

Ia bukan sahaja sangat berkesan untuk mendapatkan bawah badan yang menarik bahkan ia sangat menyeronokkan apabila ia dilakukan secara berkumpulan dan bersama alunan muzik. Menerusi alatan step board ini pelbagai gerakkan senaman dapat di lakukan setempat dan boleh di ubah tahap ketinggian step board untuk mendapat intensiti ketinggian step yang bersesuaian. Selain dapat meningkatkan kordinasi dan keseimbangan badan dalam pergerakan seharian.

BERBASIKAL boleh menguatkan otot kaki.
BERBASIKAL boleh menguatkan otot kaki.

7. Aktiviti berbasikal

Sama ada dilakukan di luar rumah atau di dalam rumah, aktiviti kardiovaskular ini juga sangat efisien dalam memberi bentuk bawah badan yang menarik seperti alatan eleptical. Ia juga sangat mesra kepada sendi. Jika di gimnasium aktiviti ini boleh dilakukan di dalam studio senaman. Ia di kenali sebagai kelas spinning. Ia di lakukan secara berkumpulan di iringi lagu dengan pelbagai tempo. Bukan sahaja memberi kecergasan kardiovaskular, aktiviti ini turut membantu mendapat bentuk bawah badan yang menawan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 6:30 AM