SYILING wafer emas 999 edisi terhad yang diinspirasikan daripada Harimau dan Disney X HABIB Winnie The Pooh.
SYILING wafer emas 999 edisi terhad yang diinspirasikan daripada Harimau dan Disney X HABIB Winnie The Pooh.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


TAHUN Baharu Cina bakal tiba tidak lama lagi dan pastinya masyarakat Tionghua kini sibuk membuat persiapan untuk meraikannya.

Menurut kalendar Lunar, 2022 adalah Tahun Harimau dan karakter itu dikaitkan dengan keberanian, sikap berdaya saing, yakin serta bercita-cita tinggi.

Bagi meraikannya, jenama barang kemas terulung, Habib menampilkan pelbagai seleksi rekaan menarik bertemakan 'Ignite The Spark.'

Antaranya, rekaan yang diinspirasikan daripada tanglung, diperbuat daripada emas Oro Italia 916.

Ia didatangkan dalam warna 'menguntungkan' seperti merah, emas, merah jambu dan hijau.

Rekaan itu juga dihiasi dengan juraian sebagai simbol yang membawa tuah dan kemakmuran.

Ia boleh didapati dalam emas 916 dan 750, koleksi itu sesuai digayakan untuk melengkapkan lagi penampilan pada hari perayaan istimewa itu.

Selain itu, setiap perayaan pasti tidak lengkap tanpa percikan bunga api. Sempena Tahun Baharu Lunar kali ini, Habib turut menampilkan koleksi berlian yang diilhamkan daripada bunga api.

Ia membawa erti kebahagian dan keberkatan kepada si pemakai menurut kepercayaan masyarakat Cina.

Setiap barangan kemas itu dibuat dengan penuh teliti, bagi menghasilkan percikan bunga api yang sempurna, dihiasi berlian dan batu permata delima.

Koleksi itu boleh didapati dalam bentuk set, untuk menyerlahkan penampilan ketika acara makan besar dan berkumpul bersama keluarga bagi meraikan kedatangan tahun baharu.

Diperbuat daripada emas putih bertatahkan berlian dan dihiasi batu permata delima, set itu diilhamkan daripada bunga api, bagi menyempurnakan kemeriahan tahun baharu.

KOLEKSI berlian menarik yang diilhamkan daripada bunga api.
KOLEKSI berlian menarik yang diilhamkan daripada bunga api.

Sementara itu, Habib juga meraikan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini dengan menampilkan syiling wafer emas 999 edisi terhad yang diinspirasikan daripada 'Harimau,' digabungkan dengan warna-warna tuah seperti merah dan emas.

Jenama itu turut mengeluarkan syiling wafer emas 999 istimewa Disney X HABIB Winnie The Pooh: Edisi Tahun Baru Cina yang menampilkan dua rekaan unik Winnie dan Tigger dari kartun animasi berkenaan.

REKAAN yang diinspirasikan daripada tanglung, diperbuat daripada emas Oro Italia 916.
REKAAN yang diinspirasikan daripada tanglung, diperbuat daripada emas Oro Italia 916.

Secara tradisi, memberi sampul duit 'ang pao' kepada keluarga dan rakan-rakan adalah sebagai tanda keberkatan untuk memulakan tahun baharu yang sudah dipraktikkan sejak bertahun dahulu.

Namun, pada zaman moden ini, wafer emas boleh dijadikan alternatif untuk berkongsi keberkatan bersama yang tersayang.

Jadi, semarakkan Tahun Baharu Lunar dengan keluarga tersayang bersama pelbagai koleksi rekaan barangan kemas menarik di semua bilik pameran Habib sepanjang kempen berlangsung (sehingga 6 Februari depan).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 6:14 AM