MENGANGKAT ikon lembu di dalam wafer emas sempena Tahun Lembu pada perayaan Tahun Baharu Cina ini.
MENGANGKAT ikon lembu di dalam wafer emas sempena Tahun Lembu pada perayaan Tahun Baharu Cina ini.
RANTAI leher Oro Italia 916 Yellow Gold.
RANTAI leher Oro Italia 916 Yellow Gold.
BARANGAN kemas yang ringkas tetapi elegan.
BARANGAN kemas yang ringkas tetapi elegan.
Hafiz Ithnin


PERAYAAN Tahun Baharu Cina bakal menjelang tidak lama lagi. Meskipun ketika ini kita masih berdepan dengan cabaran memerangi Covid-19 namun tidak bermakna tiada sambutan atau hilangnya aura.

Justeru, sebagai syarikat yang begitu terkenal dengan barangan kemas, HABIB sekali lagi tampil kreatif dengan mengolah rekaan klasik sempoa juga lebih dikenali sebagai Abacus. Ia menjadi salah satu barang kemas yang bakal menjadi trend pada perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Abacus adalah satu peralatan zaman dulu untuk mengira dan berkait rapat dengan wang serta kesejahteraan selain membawa lebih kekayaan dan kejayaan mengikut kepercayaan masyarakat Cina.

Seperti rekaan di bawah Koleksi Oro Italia 916 yang dikeluarkan oleh HABIB ini, rekaan 'Abacus' ini dihasilkan dengan sentuhan tangan yang cukup teliti menggunakan teknologi terkini dari Itali.

Teknologi yang digunakan ini akan menghasilkan pelbagai jenis kemasan seperti potongan seakan berlian, 'high-polish' dan 'matte' boleh dilihat pada manik yang boleh digerakkan.

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina pasti meriah dengan barangan kemas terbaharu Habib.
SAMBUTAN Tahun Baharu Cina pasti meriah dengan barangan kemas terbaharu Habib.

Barangan kemas 'Abacus' daripada Koleksi HABIB Oro Italia 916Æ? boleh didapati dalam pelbagai bentuk untuk mereka yang berbeza pilihan gaya dan personaliti.

Sebagai satu syarikat anak tempatan yang menghargai budaya dan warisan negara, HABIB menyambut perayaan Tahun Baharu Cina bertemakan 'Auspicious Blooms.'

Ia membawa maksud bunga yang sedang mekar membawa erti tuah, keamanan dan kegembiraan. Pada masa sama HABIB ingin memberi inspirasi kepada anda untuk berkongsi hadiah kebahagiaan bersama yang tersayang.

Mengikut 12 kitaran haiwan pada kalendar Lunar dan lima kitaran unsur, 2021 adalah Tahun Lembu (Ox) berunsurkan logam dan ia hanya terjadi sekali pada setiap 60 tahun.

BAR Emas 100 gram sesuai dijadikan hadiah sebagai simpanan pelaburan.
BAR Emas 100 gram sesuai dijadikan hadiah sebagai simpanan pelaburan.

Lembu (Ox) memberi gambaran kejujuran, kekuatan dan keazaman yang kuat bersandarkan sejarah peranannya dalam bidang pertanian.

Manakala, logam pula melambangkan kekayaan berikutan kepentingan nilai yang ada pada logam berharga terutamanya emas.

Bertepatan dengan ini, HABIB melancarkan wafer emas 999 edisi terhad bermotifkan lembu (0.2g) sempena menyambut ketibaan Tahun Lembu berunsur logam.

Pembungkusan wafer itu dengan warna merah memberi ilusi seakan 'ang-pao' dan menjadikan ia hadiah yang tepat untuk perayaan ini.

TAMPIL kreatif dengan rekaan klasik sempoa.
TAMPIL kreatif dengan rekaan klasik sempoa.

Buat mereka yang inginkan pelaburan yang memberi pulangan tinggi, HABIB turut melancarkan jongkong emas 999 edisi lembu (5 gram) yang memaparkan seekor lembu sedang menghilangkan dahaga di sungai yang tenang mengalir.

Secara puitisnya, menggambarkan saat berehat selepas penat seharian membanting tulang mencari rezeki.

Untuk mereka yang berminat boleh mula membuat temu janji dengan HABIB, perunding barangan kemas peribadi secara virtual dengan menghubungi talian hotline bilik pameran yang berdekatan.

SESUAI untuk wanita muda.
SESUAI untuk wanita muda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 6:10 AM