TUDUNG terletak pada kepala menyerlahkan penampilan wanita.  FOTO Rohanis & Ihsan Jelitasara
TUDUNG terletak pada kepala menyerlahkan penampilan wanita. FOTO Rohanis & Ihsan Jelitasara
Nurul Husna Mahmud

PERANAN wanita bukan sahaja sebagai isteri dan ibu dalam keluarga malah ada antaranya memiliki kerjaya serta ketua dalam masyarakat.

Melihat kepada itu tanggungjawab yang pelbagai itu, penampilan menjadi keutamaan setiap kali mereka mahu keluar ataupun berhadapan baik dalam rumah mahupun di luar.

Begitu juga dengan Pengasas dan Pengarah Eksekutif JelitaSara Corporate (JelitaSARA) Wan Zaki Wan Taib dan isteri, Erven Sarasendy Abd Hadi yang sentiasa peka dengan rekaan tudung mahupun busana bukan sahaja mudah digayakan malah sesuai untuk keperluan wanita sibuk.

Kata Erven Sarasendy, ramai wanita mencari busana yang mudah urus namun tampak cantik apabila digayakan. Namun beliau tidak lupa keselesaan masih menjadi keutamaan apabila mengenakan baik untuk bersosial mahupun ke pejabat.

Mengenai individu sering mengenakan rekaan tudung jenamanya, kata Erven, kebanyakan wanita berusia dalam lingkungan 25 tahun hingga 40-an.

"Dalam konsep gaya tudung kami keluarkan, biasanya ada dua kategori iaitu pertama untuk mereka yang mahukan gaya sederhana dan 'basic.' Kedua pula ialah koleksi premium sebab perincian lebih glamor menerusi penggunaan kristal swasroski.

WARNA lembut pilihan dengan material mudah urus.  FOTO Rohanis & Ihsan Jelitasara
WARNA lembut pilihan dengan material mudah urus. FOTO Rohanis & Ihsan Jelitasara

"Sementara untuk busana pula, koleksi terbaru kami iaitu gaun jenis maxi bersama perincian ropol kecil pada bahagian tertentu menyebabkan ada 'efek kurus' sebaik mengenakannya.

"Menggunakan material Korean Moss Crepe iaitu material jenis beralun dan tidak terlalu tebal selesa dengan cuaca dalam negara yang tidak menentu. Boleh dikatakan trend ini tengah popular dalam kalangan wanita gemar 'ootd' untuk Instagram masing-masing," katanya.

Tip Penampilan

1. Ketika mengenakan tudung, pastikan bahagian muka atau 'muncung' tidak terlipat atau 'kelepet'

- Bahagian muka adalah fokus. Apabila tiada gangguan pada bahagian muka, mengelak rasa terganggu baik orang yang memandang atau mengenakan tudung itu sendiri.

2. Pemilihan warna sesuai dengan kulit

-Pemilihan warna menonjol hanya sesuai untuk segelintir kulit atau bentuk wajah, begitu juga dengan pastel. Salah pilihan boleh buat wajah tampak suram.

3. Yakin dengan penampilan

-Tidak selesa boleh membuatkan pemakai kurang yakin dengan gaya dipilih. Sebaiknya apabila menggayakan sesuatu, perlu positif dan yakin dengan gaya itu.

KANAK-kanak bertudung tidak ketinggalan dengan motif comel.  FOTO Rohanis & Ihsan Jelitasara
KANAK-kanak bertudung tidak ketinggalan dengan motif comel. FOTO Rohanis & Ihsan Jelitasara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 6:30 AM