CAMERON HIGHLANDS 04 SEPTEMBER 2019. (Dekotaman/HM)  Ruang bermain kanak-kanak di dalam rumah menjadi alternatif buat ibu bapa mendedahkan si kecil dengan aspek eksplorasi. NSTP/EMAIL
CAMERON HIGHLANDS 04 SEPTEMBER 2019. (Dekotaman/HM) Ruang bermain kanak-kanak di dalam rumah menjadi alternatif buat ibu bapa mendedahkan si kecil dengan aspek eksplorasi. NSTP/EMAIL
Nurul Husna Mahmud

DALAM buntu memilih gaya tradisi yang sesuai, tetapi manis buat kanak-kanak perempuan untuk melaram ketika beraya atau kenduri, kurung Kedah juga antara pilihan yang cocok.

Potongan baju itu yang tampak ringkas dan sederhana membuatkan ia sepadan dengan imej polos anak anda yang sedang membesar.

Tidak perlu sarat perincian, biasanya di bahagian baju kurung Kedah lebih singkat berbanding potongan baju kurung biasa.

Sementara untuk bahagian kain pula, jenis selisih iaitu di hujung kaki dijahit ke bahagian depan membantu meningkatkan elemen 'feminin' pada rekaan baju berkenaan.

Namun kreativiti pereka mampu memberi kelainan dalam setiap keterampilan dalam busana itu.

Tiga rekaan daripada pereka berbeza dipilih kali ini pada pandangan penulis antara menarik jika digayakan pada anak gadis.

GABUNGAN dua potongan baju. FOTO Ihsan Gio Fabric, Ammar Amran & motherchild.com.my
GABUNGAN dua potongan baju. FOTO Ihsan Gio Fabric, Ammar Amran & motherchild.com.my

1.Baju Kurung Kedah Zulaikha

Menariknya sentuhan rekaan dari butik Gio Fabric apabila sentuhan baju kurung Kedah tradisi diberi nafas baharu.

Labuh baju di bahagian belakang lebih panjang membuatkan ia tampak 'trendy.'

Meskipun si anak kecil mengenakan busana itu tampak ayu apabila perincian seperti potongan leher bulat dikemaskan dengan lapik bahu untuk memberi pesona cantik terletak.

Mempunyai lebih lima pilihan warna menarik ditambah dengan perincian seolah-olah ada jalur menegak pada fabrik 'Citra Cotton Stripe' membuatkan si cilik lebih bergaya.

NAFAS baharu baju kurung Kedah. FOTO Ihsan Gio Fabric, Ammar Amran & motherchild.com.my
NAFAS baharu baju kurung Kedah. FOTO Ihsan Gio Fabric, Ammar Amran & motherchild.com.my

2.Baju Kurung Kedah Qaseh dari Amar Amran

Minimalis, tetapi 'sleek' itu boleh dikatakan mengenai kemasan pada rekaan baju kurung itu.

Meskipun rekaan baju itu untuk kanak-kanak, namun jahitan rapi pada setiap bahagian membuatkan ia tampak kualiti premium.

Potongan leher bulat dengan butang membuatkan gaya ringkas itu tampak comel apabila pemakai cilik dilengkapkan dengan aksesori leher.

Terdapat lebih 20 pilihan warna daripada pastel hinggalah warna gelap, baju menggunakan fabrik kapas selesa dikenakan sepanjang hari.

JALUR fabrik memberi perincian unik. FOTO Ihsan Gio Fabric, Ammar Amran & motherchild.com.my
JALUR fabrik memberi perincian unik. FOTO Ihsan Gio Fabric, Ammar Amran & motherchild.com.my

3.Qasimah Kurung Kedah Pesak Kids

Menariknya mengenai potongan busana tradisi daripada MotherChild.com.my ini ialah rekaannya hasil gabungan kurung pesak dan kurung kedah klasik.

Rekaan menarik mempamerkan pesak hanya di bahagian depan baju. Potongan ini memberi ruang memakai terutama bahagian dada potongannya selesa sementara bahagian belakang baju terletak kemas.

Ini memberikan suatu kelainan berbanding baju kurung Kedah yang lain. Mempunyai leher potongan heksagon separa yang berbutang satu, bahagian belah depan dilapik dengan kain untuk menutup aurat patuh syariat.

DARI pandangan belakang. FOTO Ihsan Gio Fabric, Ammar Amran & motherchild.com.my
DARI pandangan belakang. FOTO Ihsan Gio Fabric, Ammar Amran & motherchild.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 6:30 AM