DIDATANGKAN dalam pelbagai pilihan warna.
DIDATANGKAN dalam pelbagai pilihan warna.
Siti Nadirah Hafidzin

Lebaran bakal tiba, hampir semua wanita tanpa mengira usia semakin rancak melakukan persiapan terakhir melengkapkan pakaian bakal digayakan pada hari yang dinanti-nanti itu.

Selain busana, tudung mahupun selendang antara yang perlu dipilih sebaik-baiknya bagi memastikan penampilan dipandang manis.

Dalam berhijab, setiap wanita mempunyai cita rasa tersendiri memilih selendang mahupun tudung yang ingin digayakan. Ada yang gemar menyarung selendang polos, namun ada juga yang selesa mengenakan selendang bercorak atau dihiasi perincian.

Apa juga pilihan, perkara yang perlu diberikan perhatian adalah jenis rekaan selain ia perlu bersesuaian dengan kemampuan diri kerana ada tudung dijual melebihi RM1,000 sehelai.

Tidak hairanlah mengapa terdapat segelintir wanita mempunyai tudung atau jenama kegemaran sendiri malah sanggup mengeluarkan kos yang agak tinggi demi mendapatkan koleksi kesukaan hampir setiap bulan.

Berusaha memberi pilihan kepada wanita yang mahu tampil anggun pada lebaran, Pakaryta Exclusive tampil dengan variasi tudung yang direka khusus untuk gaya Muslimah terkini.

DIDATANGKAN dalam pelbagai pilihan warna.
DIDATANGKAN dalam pelbagai pilihan warna.

Menurut pengasasnya Nurul Hasnita Taharim, antara koleksi tudung dan selendang yang baru dilancarkan adalah Bawal Printed Zaara by Pakaryta Exclusive, selendang rama-rama asas, selendang rama-rama berlian, Khimar Zaujah dan anak tudung Ikatan Kasih.

“Bagi memastikan semua golongan mampu memiliki koleksi tudung kami, semua koleksi dijual pada harga bermula RM10 hingga RM100 bergantung kepada jenis tudung dan selendang.

“Kami turut menjanjikan kelainan yang dapat menyerlahkan penampilan pemakai,” katanya.

Katanya, pilihan warna dan perincian digunakan juga menjadi antara keistimewaan tudung yang mampu mewujudkan imej ‘wow’ kepada pemakai.

“Walaupun ada koleksi yang mempunyai perincian batu berkilau, namun selendang ini tidak terlalu sukar dijaga selain mudah digayakan.

“Syukur, walaupun baru dilancarkan namun kami menerima sambutan di luar jangkaan dan rata-rata pelanggan berpuas hati dengan semua koleksi tudung kami yang boleh disuai padan dengan pelbagai busana,” ujarnya.

SESUAI dengan pelbagai busana dan gaya.
SESUAI dengan pelbagai busana dan gaya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Jun 2018 @ 10:49 AM