ANTARA pengunjung yang hadir ketika majlis pelancaran pameran berkenaan.
ANTARA pengunjung yang hadir ketika majlis pelancaran pameran berkenaan.
HAMIR menghasilkan karya menggunakan campuran media bitumen dan akrilik di atas kanvas.
HAMIR menghasilkan karya menggunakan campuran media bitumen dan akrilik di atas kanvas.
ABDULLAH menggunakan medium akrilik di atas kanvas dalam karyanya.
ABDULLAH menggunakan medium akrilik di atas kanvas dalam karyanya.
KARYA Hamir bertajuk ‘Gatekeeper’.
KARYA Hamir bertajuk ‘Gatekeeper’.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman

Karya dihasilkan menggunakan pelbagai campuran media seperti gabungan plastik, akrilik dan semburan di atas kanvas di pameran Benchmark cukup menarik perhatian.

Campuran media lain seperti kaca gentian bersama fabrik dan bitumen dengan akrilik turut memikat hati kerana karya seumpama itu jarang dapat dilihat, mungkin kerana sukar dihasilkan dan memerlukan kepakaran yang tinggi.

Pameran di Galeri Artcube ini menampilkan lima artis kontemporari tempatan, iaitu Hamir Soib, Masnoor Ramli, Zulkifli Yusoff, Abdullah Jones dan Abdullah Hamdan.

Nama pameran diambil daripada maksudnya sendiri iaitu penanda aras atau pengukur standard dan karya dipamerkan mampu menjadi penanda aras kepada hasil seni tempatan.

Walaupun subjek dan motif setiap karya berbeza, ia tertumpu kepada satu tema dan semuanya seakan bergabung dalam pameran itu.

Selain campuran media unik dan berlainan, karya ditampilkan turut menarik perhatian kerana mesejnya mengajak penonton menghayati dan mendalami setiap satu hasil seni berkenaan.

Selain lukisan, Benchmark turut menampilkan hasil seni percetakan digital yang dicetak atas aluminium mentah yang dihasilkan Masnoor Ramli.

Karya Zulkifli Yusoff pula memberi kelainan apabila menggunakan teknik kolaj dengan campuran media unik seperti kaca gentian dan fabrik serta beberapa medium lain menampilkan tahap kemahiran seni yang ting­gi.

Namun, karya Abdullah Jones tidak kurang hebatnya kerana walaupun ia dihasilkan menggunakan medium konvensional seperti akrilik di atas kanvas, ketelitian dan gabungan warna serta mesej ditampilkan ada tarikan tersendiri.

Pameran berlangsung di Galeri Artcube sehingga 5 Mac dan maklumat lanjut boleh layari www.artcube.com.my.

INFO

BENCHMARK

- Artis: Berkumpulan (Hamir Soib, Masnoor Ramli, Zulkifli Yusoff, Abdullah Jones dan Abdullah Hamdan)

- Jumlah karya: 10

- Lokasi: Galeri Artcube, 3-10 & 3-13, Tingkat 3, Intermark Mall, The Intermark, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

- Tarikh: Sehingga 5 Mac 2016

- Masa: 11 pagi hingga 8 malam (Sabtu dan Ahad 12 tengah hari hingga 6 petang)

- Web: www.artcube.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 11:28 AM